• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Akar Umbi Mampu Sampai Mesej Kepada Rakyat

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yakin program TownHall Jasa Jelajah Akar Umbi menerusi bantuan pemimpin akar umbi mampu memperjelaskan mesej dan hasrat kerajaan, selain merungkai pelbagai persoalan daripada kalangan rakyat.

Pengarah JASA Perak, Abdul Rahim Mohd Nawawi berkata langkah itu perlu kerana pemimpin akar umbi seperti Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA), guru tabika, ketua kampung dan imam merupakan anggota masyarakat yang rapat dengan rakyat.

“Kita percaya golongan ini dapat membantu rakyat dengan memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan supaya ia lebih mudah difahami,” katanya ketika ditemui selepas program kedua TownHall JASA Jelajah Akir Umbi di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini, malam tadi.

Menerusi program yang diadakan itu, ramai yang mengemukakan pertanyaan kepada beberapa anggota panel yang bersedia menjawab pelbagai isu termasuklah mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST), rasuah, kenaikan harga barang serta media sosial.

Beliau berkata berdasarkan sambutan khalayak, pihaknya akan meneruskan program yang pertama kali diadakan di Parlimen Parit baru-baru ini itu dari semasa ke semasa.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata program JASA itu amat bertepatan kerana dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, media sosial akan memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan pelbagai maklumat daripada kerajaan dan pembangkang.

Katanya masalah itu perlu ditangani dengan memberikan penjelasan secepat mungkin mengenai sesuatu isu bagi menangkis tohmahan supaya rakyat tidak mudah terkeliru dengan perkara yang ditularkan. – BERNAMA

Tags: jasapemimpin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

‘Faham-Fahamlah Pemimpin, Kalau Banjir Pulanglah Dari Cuti’

21/12/2022
1

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin supaya pulang daripada bercuti ketika berlaku bencana banjir. Ikuti Mynewshub: Telegram Katanya,...

Pemimpin BN, PN Jumpa 3 Petang Hari Ini – Sumber

Pemimpin BN, PN Jumpa 3 Petang Hari Ini – Sumber

23/11/2022
0

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd