• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemadam Rancang Program TOT Lahir Aktivis Baharu

oleh Ahmad Albab
24/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) merancang menganjurkan program ‘Training of Trainers’ (TOT) bulan depan kepada penuntut universiti bagi melahirkan aktivis baharu dan muda dalam menggerakkan persatuan itu.

Yang Dipertua Pemadam Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata buat permulaan, program TOT yang akan diuruskan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu menyasarkan untuk melibatkan 500 mahasiswa di seluruh negara.

“Mereka (TOT) ini akan diberikan latihan, mengenali bentuk, jenis dadah dan kesannya selain aktiviti pemulihan bagi membantu rakan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Selepas itu kita juga akan aplikasi TOT ini ke sekolah menengah untuk mendekati pelajar, seterusnya menjadi sahabat baik pelajar,” katanya selepas merasmikan Larian Anti Dadah 2018 (LaTiH’18) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Anggota Parlimen Pulai itu berkata pihaknya berharap pelajar yang dilatih itu akan menjadi aktivis seumur hidup walaupun setelah menamatkan pengajian di universiti.

Nur Jazlan berkata bagi menarik lebih ramai golongan muda menjadi penggerak Pemadam, pihaknya merancang mewujudkan jawatan Naib Presiden Remaja Pemadam Kebangsaan pada mesyuarat agung Pemadam, pertengahan tahun ini.

Katanya Pemadam sedar bahawa barisan kepimpinannya ketandusan penggerak muda kerana kebanyakan pemimpin dipilih sejak 70-an dan 80-an, yang kini sudah lanjut usia, sekali gus dilihat tidak sesuai untuk menarik golongan muda.

“Jawatan baharu ini diwujudkan pada peringkat Pemadam bagi menarik minat orang muda supaya dapat menjadikan mereka penggerak utama dalam Pemadam. Mereka mesti berusia 30 tahun ke bawah.

“Mereka akan dipilih oleh masyarakat secara terbuka menerusi dalam talian. Pemadam sedang merangka sistem pemilihan yang boleh dibuat secara dalam talian ini supaya dapat memilih ikon Pemadam muda ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Pemadam kini sedang dalam proses mendapatkan persetujuan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memperluaskan subjek antidadah yang diperkenalkan di UTM sejak 1998 ke semua universiti awam dan swasta di negara ini.

Nur Jazlan berkata pihaknya mahu subjek itu menjadi kokurikulum yang popular dalam kalangan pelajar bagi mengekang penyalahgunaan dadah.

“Pemadam mahu persetujuan daripada KPT untuk mengembangkan subjek itu kerana hanya UTM sahaja yang memperkenalkan mata pelajaran itu dengan dua jam kredit.

“Kita akan bincang dengan kementerian dalam usaha kita meramaikan aktivis muda yang datangnya dari universiti,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan

Tags: Datuk Nur Jazlan MohamedPEMADAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Conte Mahu Lupakan ‘Perang Mulut’ Dengan Mourinho

Next Post

Zahid Rasmi Ekspo Muafakat Kedah

Related Posts

‘Zero To Hero’ Pembimbing Rakan Sebaya Hindar Dadah

27/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Program ‘Zero to Hero’ yang dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan melahirkan kader baharu di kalangan...

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu diteliti dengan terperinci dan berdasarkan kes demi...

Next Post

Zahid Rasmi Ekspo Muafakat Kedah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd