• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelawak Tempatan Perlu Elak ‘Plagiat’, Tegur Afdlin

oleh Haris
08/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dapat dinafikan, lawak di atas pentas merupakan sesuatu amat sukar dilakukan. Ia perlu idea menarik dan hanya boleh dijayakan oleh mereka yang ada bakat dalam bidang komedi.

Justeru, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki menggesa pelawak tempatan agar tidak memplagiat ketika melakukan persembahan komedi mereka.

Menurut Afdlin, 47, menjana pendapatan dengan meniru dan mencuri bahan pelawak lain melibatkan isu integriti dan patut dielakkan oleh semua pelawak tidak kira baru atau lama.

“Ini merupakan salah satu isu integriti yang wujud dalam indsutri seni tanah air. Kalau ambil bahan orang lain, balik melawak kat rumah sahaja tak apa.

“Tapi bila ambil bahan lawak pelawak lain dan guna untuk persembahan pentas, itu bermaksud dia menjana pendapatan atas hasil plagiarism,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Kenyataan itu diberikan Afdlin ketika dia terlibat dengan program bicarawara Integrity Art Night – Komedi Berdiri Integriti di Institut Integriti Negara.

Pada program tersebut, Afdlin mengakui perkara ini sering dilakukan oleh pelawak-pelawak baharu yang kekurangan idea untuk melahirkan bahan baru dalam persembahan komedi mereka.

Jelas Afdlin, dia memahami perkara tersebut kerana setiap pelawak baharu memandang tinggi pelawak lama yang lebih berpengalaman namun setiap rutin persembahan adalah lebih baik jika menggunakan bahan lawak sendiri.

“Saya tidak nafi pelawak baharu misalnya, mereka perlu ikut pelawak yang sudah ada banyak pengalaman. Tapi janganlah sampai tahap plagiat, content kena tulis sendiri, baru ada integriti,” ujarnya.

Afdlin turut menambah bahawa perkara tersebut tidak hanya terbatas kepada pelawak sahaja, pengkarya filem juga perlu mempunyai integriti dalam berkarya.

Baginya, pembikin filem perlu mempunyai prinsip dalam menghasilkan sesebuah karya dan hasil akhir sesebuah filem dapat menunjukkan sekiranya seseorang itu mementingkan kualiti atau kuantiti.

“Ada artis yang buat kerja seni untuk cari makan sahaja dan ada yang buat sebab betul-betul minat.

“Apabila karya dihasilkan secara ala kadar, di manakah integriti perfileman itu?

“Iyalah, berkarya untuk wang sahaja, mereka pastinya tak bagi yang terbaik. Buat ala kadar sahaja sebab mahu pulangan cepat,” jelasnya lagi.

Menyedari kedudukannya sebagai seorang figura awam yang dikenali ramai, Afdlin ingin menggunakan platform yang dimilikinya untuk beri kesedaran kepada masyarakat serta penggiat seni terutama berkenaan isu integriti.

Turut serta dalam program tersebut adalah Nizam Jentik-Jentik yang lahir daripada program lawak terbitan Astro, Lawak Solo. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Afdlin ShaukiKomedipelawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aku Tak Masuk Politik Sebab Aku Gilakan Kuasa – Afdlin Shauki

Aku Tak Masuk Politik Sebab Aku Gilakan Kuasa – Afdlin Shauki

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki mendakwa penyertaannya dalam politik bukan kerana mengejar kuasa. Ketua...

Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM Gagal Kerana Sebahagian Ahli Parlimen BN – Afdlin Shauki

Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM Gagal Kerana Sebahagian Ahli Parlimen BN – Afdlin Shauki

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Usul bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri di Parlimen semalam gagal diluluskan disebabkan oleh sebahagian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd