• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Jarak Selamat Di Belakang Kenderaan Berat

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pengguna jalan raya diingatkan supaya menjaga jarak yang selamat semasa memandu, terutamanya di belakang kenderaan berat bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Kei Hong berkata hasil pemerhatian mendapati, ramai pengguna jalan raya yang tidak menjaga jarak semasa memandu sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan dan kematian.

“Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan berat seperti bas atau lori kerana fizikal kenderaan yang besar akan menyebabkan pemandu sukar untuk melihat dan ia merupakan titik buta kepada mereka.

“Jarak yang paling selamat adalah dengan mengikut peraturan antara dua hingga empat saat di belakang kenderaan hadapan. Ini merupakan jarak yang paling selamat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya dengan mengamalkan peraturan itu pengguna jalan raya mempunyai jarak yang mencukupi untuk berhenti dengan selamat jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba.

Terdahulu, Chan telah merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Stesen Bas Shahab Perdana bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguatkuasaan JPJ negeri, Megat Shariffudin berkata pihaknya akan mengadakan rondaan di jalan utama dan lebuh raya sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan pemandu kenderaan berat mematuhi arahan larangan kenderaan berat untuk berada di jalan raya.

“Tarikh larangan kenderaan berat sebelum perayaan adalah pada 14 dan 15 Februari, manakala selepas perayaan pada 24 dan 25 Februari. Pada tarikh ini kenderaan larangan dan kenderaan berat tidak dibenarkan berada di jalan raya.

“Sekiranya pemandu kenderaan ini melanggar arahan yang dikeluarkan, JPJ akan menyita kenderaan tersebut dalam tempoh 48 jam sebelum dilepaskan semula,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: JKJRkenderaan berat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakan Operasi Penguatkuasaan Besaran Ke Atas Kenderaan Berat

Adakan Operasi Penguatkuasaan Besaran Ke Atas Kenderaan Berat

24/12/2024
0

Kuala Lumpur : Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) mendesak supaya operasi besar-besaran termasuk Road Safety Audit dilakukan segera secara...

2 Pekerja Pusat Karaoke Didenda RM10,000 Tinggal Lebih Masa

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

26/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan menjalankan siasatan terhadap anggota juruiring bermotosikal yang menahan aliran trafik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd