• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Terowong: P. Ramasamy Beri Keterangan

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes projek melibatkan tiga jalan utama dan projek terowong dasar laut di negeri ini.

Ramasamy yang juga Pengerusi Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia Sains, Teknologi dan Inovasi Pulau Pinang, hadir di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini pada pukul 8.20 pagi ditemani peguamnya Datuk Aljit Singh Jessy.

Ramasamy ketika ditemui pemberita di perkarangan pejabat SPRM berkata beliau diarahkan untuk hadir memberi keterangan berhubung projek berkenaan di pejabat SPRM pada pukul 9 pagi.

“Ini adalah berkenaan projek terowong, selain itu saya tidak tahu walaupun saya tidak terlibat secara langsung dalam projek terowong ini sebab bukan di bawah portfolio saya.

“Saya dipanggil mungkin atas kapasiti sebagai exco kerajaan negeri atau mungkin tulisan-tulisan saya tentang isu terowong ini. Saya rasa saya tak boleh buat spekulasi, terpulang kepada mereka (SPRM) nak tanya apa,” katanya.

Katanya, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi membantu siasatan kes projek berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama berkata Ramasamy dipanggil sebagai saksi untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Ditanya sama ada kemungkinan SPRM akan memanggil anggota Exco lain juga, Azam berkata: “Bergantung kepada keterangan.”

Semalam, Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Lim Hock Seng hadir di pejabat SPRM negeri bersama peguamnya R.S.N Rayer bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes projek itu.

Pada 5 Januari lalu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion itu kepada SPRM di Putrajaya untuk siasatan sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek dasar laut itu.

Ia merupakan laporan kedua beliau kepada SPRM berkaitan kes berkenaan. Huan membuat laporan pertama di SPRM untuk kes yang sama pada 21 Julai tahun lepas.

Sebelum itu pada 17 Julai, Huan membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta supaya disiasat dakwaan berhubung kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan ketika membida projek terowong dasar laut itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. – BERNAMA

Tags: projek terowong dasar lautPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imam Masjid Al-Aqsa Puji Malaysia Bela Nasib Palestin

Next Post

Altimet Dedah Iqram Cuba ‘Ceroboh’ Pentas

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

18/10/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik pengumuman pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua yang dibentangkan dalam...

Next Post

Altimet Dedah Iqram Cuba 'Ceroboh' Pentas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd