• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Noh Buka Restoran Demi Bantu Anak Bumi Kenyalang

oleh
04/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERJAYA sebagai seorang pemuzik tidak membataskan penyanyi Noh Salleh untuk membantu anak muda di negerinya untuk turut berjaya.

Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan memberitahu bahawa dia akan terus merealisasikan impiannya membuka restoran yang turut bakal menjadi platform bagi anak muda di negeri kelahirannya, Sarawak untuk terus berjaya.

Bagi Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 33, walaupun terikat dengan banyak komitmen sebagai anak seni, itu bukan penghalang baginya buka ruang anak muda yang berniat mencari peluang dalam dunia seni.

“Sebagai pemilik, saya perlu berada di sana setiap hari bagi memastikan operasi restoran berjalan lancar. Ia agak sukar kerana saya terikat dengan pelbagai komitmen lain di ibu kota, menyebabkan masa saya terbatas,” katanya dipetik daripada BH Online.

Dalam masa sama, Noh yang juga merupakan isteri kepada Mizz Nina turut berasa bersyukur kerana dia telah dibantu oleh beberapa tenaga kerja yang sentiasa akan memastikan kualiti makanan yang disediakan.

Malah, kafe makannya di Kuching, Sarawak yang diberi nama Sanjuro Cafe itu turut dibantu oleh rakan baiknya yang turut merupakan anak jadi negeri Sarawak sendiri.

Noh turut memberi peluang kepada golongan muda yang ingin menjual makanan ataupun pemanis mulut dan diletakan di premis tersebut.

“Tujuan utama saya membuka restoran ini adalah untuk menyediakan ruang kepada anak jati Bumi Kenyalang mengembangkan bakat dalam bidang seni.

“Di samping menjamu selera dengan makanan Sarawak, pengunjung juga dapat menikmati persembahan yang kami sediakan,” tambahnya lagi.

Kini, Noh sedang sibuk memenuhi undangan nyanyian dan dia juga turut menjadi salah seorang artis jemputan ke Festival GegaRia anjuran Media Prima Berhad (MPB) dekat Perkarangan Angsana Mall, Johor Bahru hari ini.

Selain Noh, antara artis lain yang turut terlibat sekali di festival itu ialah Akim & The Majistret, De Fam, Masdo dan Bunkface turut akan membuat persembahan di sana.

Dalam masa yang sama, Noh turut sedang menjalani rejim kecergasan mengekalkan kesihatan tubuh badanya selepas menjalani pembedahan membuang batu karang pada tahun lalu.

“Dulu saya selalu ketawakan orang yang gemar berlari untuk jaga kesihatan. Tidak sangka pula aktiviti itu serasi dengan saya. Berlari juga bantu saya dapat stamina ketika beraksi di pentas.

“Saya mahu peminat turut serta dalam aktiviti sihat ini. Isteri saya juga mengamalkan gaya hidup sihat dengan menghadiri kelas ‘kick boxing‘ beberapa kali seminggu.

“Rutin senaman menjadi azam tahun baharu kami yang harus diteruskan,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: HujnaMizz NinaNoh Sallehrestoran
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

31/01/2023
0

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd