KEMELUT anak-beranak di antara suami pelakon popular, Nora Danish iaitu Nedim Nazri dengan ibu tirinya, Datin Seri Haflin dilihat seolah-olah semakin memuncak.
Nedim dilaporkan tidak menyahut cabaran Haflin yang meminta pemuda itu untuk muncul berjumpa bapanya, Datuk Seri Nazri Aziz di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Isnin bagi menyelesaikan masalah antara mereka.
Memetik sumber mStar Online, beberapa wartawan juga dilihat berkumpul di hadapan bangunan utama MaTiC bagi menunggu kehadiran Nedim sejak 12 tengah hari.

Bagaimanapun, ‘penantian’ itu hampa apabila Nedim dikatakan tidak menghadirkan diri ke tempat berkenaan bagi menyahut cabaran Haflin.
Memetik sumber lagi, usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan daripada Nazri turut menemui kegagalan kerana jadual kerja beliau yang tidak mengizinkan.
Pun begitu, pihak media dimaklumkan oleh wakil Nazri yang tidak didedahkan identiti bahawa menteri itu turut sama menunggu kedatangan Nedim sejak awal pagi.
Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi apakah sebab Nedim gagal menghadirkan diri untuk bertemu bapanya pada hari berkenaan.

Sebelum ini, Nazri ada tampil bersuara mengenai kewajaran Haflin membuat beberapa kenyataan terbuka di laman sosial mengenai Nedim yang turut menjadi mangsa buli siber pemuda itu.
Pada masa sama, Haflin turut memuat naik deklarasi perkahwinannya dengan Nazri di laman Instagram sehingga menyebabkan persengketaan antara mereka anak-beranak mendapat perhatian ramai.
Apa-apapun bagi kami, baik Nadim mahupun ibu tirinya masalah dalaman keluarga seperti ini adalah elok jika tidak diuar-uarkan kepada umum.
Tambahan pula, mereka berdua mempunyai kaitan dengan VIP Malaysia. Semoga salah faham antara anak-beranak ini dapat diselesaikan dengan baik. Insha-Allah. – MYNEWSHUB.CC/AM

