• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Namewee Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setelah empat hari berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan berhubung klip video kontroversi yang dihasilkannya, pemuzik yang juga penyanyi rap Namewee dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah mengesahkan Namewee, 34, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira 1.45 tengah hari tadi.

“Ya. Namewee telah dibebaskan hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada satu sidang media berkata kertas siasatan terhadap Namewee berhubung klip video berunsur hinaan itu, yang dimuat naik menerusi media sosial, telah itu diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Namewee direman sejak Jumaat lepas setelah ditahan polis pada Khamis bagi lalu membantu siasatan berhubung satu klip video berunsur hinaan terhadap agama yang boleh membawa implikasi negatif kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Klip video yang dimuat naik sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu antara lain memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing melakukan aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Namewee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Namewee Keluar Dari IPD Dang Wangi, Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Namewee Keluar Dari IPD Dang Wangi, Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

13/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penyanyi, Namewee dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dengan siasatan kematian pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh Yu-hsin,...

Kali Ni Jangan Bagi Namewee Terlepas…..

Kali Ni Jangan Bagi Namewee Terlepas…..

05/11/2025
0

Kali Ni Jangan Bagi Namewee Terlepas..... Polis kini sedang memburu penyanyi rap dan pembikin filem tempatan, Namewee. Polis Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd