• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Namewee Beri Penjelasan Klip Video “Like A Dog”

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI rap kontroversi, Namewee tampil memberi penjelasan mengenai klip video terbaharunya “Like a Dog” yang dikatakan menghina sensitiviti agama dan umat Islam di negara ini.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee berkata tujuan muzik video itu dihasilkan atas hiburan semata bersempena sambutan Tahun Baru Cina, selain menegaskan tidak bermaksud untuk merendahkan mana-mana agama dan kaum.

“Dalam turutan kalendar Lunar masyarakat Cina tahun ini adalah tahun anjing. Oleh itu saya telah menyanyikan sebuah lagu tentang bunyi salakan anjing dalam setiap negara yang berbeza.

“Mungkin ada yang merasa terdapat kelakuan tidak senonoh dalam klip video tersebut namun ia hanyalah untuk hiburan,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat.

Namewee berkata, penggambaran klip video tersebut juga dibuat di lokasi aktiviti yang terletak di tepi jalan utama Putrajaya dan bukannya di kawasan masjid seperti dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.

Namun dek kerana berlatar belakangkan bangunan Pejabat Perdana Menteri yang menyerupai kubah masjid, penyanyi berusia 34 tahun itu dilihat seolah-olah sengaja mempersendakan imej agama Islam.

“Babak dalam klip video itu adalah di sekitar jalan besar Putrajaya yang diiringi dengan tanaman pokok di bahagian tepi, bangunan di belakang yang terletak lebih kurang dalam lingkungan satu kilometer dari pejabat Perdana Menteri.

“Kami tidak menyentuh mana-mana bahagian kawasan ibadah dalam muzik video tersebut dan saya minta semua pihak yang berkaitan agar tidak salah faham disebabkan oleh laporan berita yang tidak tepat,” katanya.

Namewee juga memaklumkan dia tidak pernah mewakili mana-mana parti dan komen-komennya sebelum ini yang berunsur politik merupakan pendapat peribadi dan tidak dikawal oleh mana-mana pihak.

“Tolong jangan libatkan saya dengan politik. Penggiat seni seperti kami susah nak cari makan dan hidup di Malaysia.

Baca: Namewee Biadab Lagi, Seks Anjing Depan Masjid Putra

“Saya harap kerajaan akan bantu kami dan tolong henti hadkan kreativiti serta idea kami,” tambahnya.

Dalam pada itu Namewee turut menjelaskan tentang klip video ‘Oh My God’ pada 2016 yang dikatakan menghina masjid.

“Saya tegaskan adalah saya dianiaya dan video itu adalah untuk memupuk keharmonian antara kaum di negara.

“Penggambaran video ini dibuat di setiap tempat ibadah termasuk gereja dan tokong… bukan sahaja di masjid. Malah saya telah dapatkan kebenaran untuk penggambaran,” katanya lagi.

Lagu “Like a Dog” atau dalam bahasa Malaysia yang bermaksud ‘seperti anjing’ berkisarkan tentang cara haiwan anjing menyalak di  setiap negara berbeza seperti Amerika Syarikat, India, Korea, Jepun dan Malaysia.

Klip rakaman berdurasi tiga minit 15 saat itu turut memaparkan beberapa individu memakai topeng anjing dengan tarian lucah berlatar belakangkan bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjinghina islamNamewee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan beliau sudah menjangka tuduhan dirinya berdiam diri ketika berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd