• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Myvi ‘Terhuyung-Hayang’ Dihentikan Pemandu Lain

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video sebuah kenderaan yang dipandu secara berbahaya di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang kini tersebar menerusi media sosial.

Insiden mencemaskan itu dirakam kira-kira jam 11.20 pagi semalam oleh seorang pengguna jalan raya lain dan ia kemudiannya dimuat naik di laman Facebook.

Dapat dilihat, kereta Perodua Myvi berwarna putih itu berada dalam keadaan terhuyung-hayang sehingga memasuki lorong sebelah dan nyaris melanggar beberapa kenderaan lain.

Mujur, seorang lelaki yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish memintasnya pemandu Myvi berkenaan sebelum memintanya untuk berhenti.

“Saya tahu pakcik dah tua dan sudah pencen, tapi mengapa pakcik memandu berbahaya macam ini?

“Dah, pakcik ke tepi, pakcik ke tepi,” pekik lelaki berkenaan kepada pemandu lelaki yang dipercayai berusia 60-an itu.

Di media sosial, ramai pihak mengeluarkan kata-kata kurang enak dengan mendakwa kononnya pemandu itu berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Namun ada juga yang tampil menegur supaya netizen tidak membuat andaian negatif tanpa mengetahui punca sebenar lelaki terbabit memandu dalam keadaan begitu.

“Aku puji tindakan driver Wish tu matikan dan suruh pakcik tu duduk tepi, mungkin pakcik tu mabuk, mungkin nak pitam dan mungkin sakit..sekaligus menyelamatkan kedua-dua pihak sekiranya berlaku kemalangan.

“Bukan dia sengaja nak marah pakcik tu tapi itu je tindakan tegas yang perlu dicontohi orang sekeliling..tahniah brother 😉,” tulis Hafiz Fazrin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myviNyaris Mautpemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd