• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MKN Sabah Hantar Balik 3,036 PATI Sejak Januari

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Seramai 3,036 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kebanyakannya warganegara Filipina dan Indonesia dihantar balik ke negara asal mereka dari negeri ini sejak Januari lepas hingga hari ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, 2,556 PATI yang dihantar adalah warganegara Filipina, 400 PATI Indonesia dan 80 PATI lagi lain-lain warganegara antaranya Pakistan, China dan Korea Selatan.

Katanya proses terbaharu penghantaran balik PATI dari negeri ini dilaksanakan pada hari ini membabitkan 692 warganegara Filipina menerusi Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina dengan menaiki kapal.

Daripada jumlah itu, 425 adalah lelaki, 161 wanita dan 106 lagi adalah kanak-kanak yang kesemua mereka berusia satu bulan hingga 70 tahun, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata jumlah PATI yang dihantar balik dan pulang secara sukarela sejak 1990 hingga ke hari ini mencecah 567,581 orang.

Menurutnya MKN Negeri Sabah sentiasa bertindak sejajar dengan undang-undang negara dan mematuhi Prosedur Operasi Standard dalam melaksanakan pengusiran, mengesan dan menangkap PATI.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berganjak dalam usaha menjadikan Sabah mencapai sifar PATI dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak demi keselamatan dan kemakmuran rakyat Sabah. – BERNAMA

Tags: Datuk Rodzi Md Saad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AADK: 18 Lelaki Termasuk 4 Warga Thai Ditahan

Next Post

Ceroboh Kedai, Pengutip Besi Didenda RM3,000

Related Posts

MKN Sabah Hantar Balik 336 PATI Filipina, Indonesia

11/04/2018
0

SANDAKAN - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menghantar balik 336 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia...

Pendekatan Tangani Ancaman Terhadap Pelantar Minyak

27/09/2017
0

KOTA KINABALU - Kumpulan Kerja Keselamatan Negeri (KKKN) Sabah akan mencari pendekatan terbaik bersama operator pelantar minyak di negeri ini...

Next Post

Ceroboh Kedai, Pengutip Besi Didenda RM3,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd