• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memang Tiada Babi, Tapi Tiada Sijil Halal – MUIS

oleh
04/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASPADA… Umat Islam dari Malaysia yang berkunjung ke Singapura dinasihatkan agar tidak membeli roti sandwic dijual di puluhan restoran popular antarabangsa Subway di republik itu.

Menurut laporan agensi berita tempatan MediaCorp, premis makan segera itu yang terkenal dengan pelbagai jenis sandwic bagaimanapun “sudah menunjukkan minat untuk mendapatkan pensijilan halal bagi cawangannya”.

Demikian pengesahan daripada pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi catatan dalam laman Twitter kendaliannya, HalalSG kelmarin sebagai penjelasan kepada kemusykilan masyarakat Islam dari luar negara.

Namun agensi berkenaan menyatakan bahawa pihaknya sudahpun mengadakan “beberapa rundingan” dengan pengurusan Subway Singapura “untuk membantu restoran tersebut untuk membuat persediaan sewajarnya”.

Justeru, MUIS menambah, setakat ini pihaknya “masih belum menerima sebarang permohonan bagi sijil halal daripada Subway” dan memberi peringatan kepada masyarakat Islam supaya membuat pertimbangan sendiri.

Ini termasuk mengelakkan daripada membeli makanan dijual di Subway walaupun sekadar menikmati beraneka sandwic tanpa hidangan daging lembu atau ayam yang dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Menjawab soalan MediaCorp, Subway tampaknya enggan memberikan jawapan pasti. Ia setakat menyatakan: “Buat masa ini 60 cawangan kami tidak jual daging babi. Terus ikuti perkembangan Subway di Facebook dan laman kami.”

Pada Rabu lalu, Subway juga memuat naik senarai cawangan restorannya yang tidak lagi menjual daging babi. Ini termasuk di cawangan Bugis Junction, Causeway Point, Punggol Plaza, Downtown East dan Jurong Point.

Tinjauan MediaCorp melalui platform media sosial tempatan mendapati, Subway Singapura mengalu-alukan ramai anggota masyarakat Melayu/Islam namun tidak pula memaparkan maklumat mengenai pensijilan halal MUIS.

Seorang netizen Muslim menggunakan nama Erma Hirwan dengan nada tanda tanya menyatakan: “Adakah ini bermakna kita tidak perlu lagi seberang ke Johor Bahru untuk menikmati Subway setelah ia halal (di sini)?”

Seorang lagi pengguna siber tempatan dengan nama El Chico Bueno, pula melahirkan rasa gembiranya jika pihak Subway berjaya memohon sijil halal daripada MUIS: “Yay! Akhirnya saya boleh makan Subway di Singapura.”

Meskipun ramai yang menyambut baik pengumuman itu, terdapat sebahagian masyarakat meluahkan rasa tidak setuju dengan perubahan tersebut kerana ia bermakna menu tertentu yang disediakan Subway akan dimansuh.

Hidangan popular terbabit yang lazimnya mengandungi babi atau haiwan ternakan tidak disembelih mengikut hukum syarak bakal digantikan dengan daging halal sebagai memenuhi keperluan syarat ketat MUIS sendiri.

Ling Chua, meninggalkan komen di laman Facebok Subway dan berkata: “Nampaknya saya perlu berhenti menjadi pelanggan di cawangan (Subway) Toa Payoh. Sanwic kegemaran saya ialah Italian BMT. Selamat tinggal Subway!”

Seorang lagi warga siber bukan Islam, Victor Ling yang marah dengan langkah pihak pengurusan restoran itu dengan angkuh berkata: “Tiba masanya untuk kita memboikot Subway. Saya gemarkan makan daging babi.”

Di tengah-tengah perbahasan hangat tentang sama ada Subway perlu mendapatkan sijil halal atau tidak, terdapat juga saranan yang menyatakan bahawa ia boleh mewujudkan sebahagian restoran dengan ada sijil halal.

Manakala sebahagian cawangan yang lain pula masih lagi kekal tanpa sijil halal dikeluarkan oleh pihak MUIS. Ini supaya ia dapat memenuhi keinginan dan cita rasa pelbagai pelanggan majmuk di Singapura.

Sekiranya Subway meneruskan rancangannya tersebut, ini bermakna ia akan menjadi rangkaian restoran halal sepenuhnya setelah sekitar 12 tahun bertapak kukuh di Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: HalalSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd