• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Penuntut UIAM Lemas Ditemukan

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mayat penuntut undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) kampus Gombak yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lata Hammer Bentong dekat sini semalam, ditemukan pada 10 pagi ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata mayat Mohd Faizal Yusri, 23, dijumpai kira-kira lima meter dari tempat dia kali terakhir dilihat.

“Mayat mangsa ditemukan pasukan menyelam bomba pada kedalaman 12 kaki selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Faizal yang berasal dari Pendang, Kedah dipercayai lemas setelah dihanyutkan arus deras pada 11.30 pagi semalam, semasa beriadah di air terjun itu bersama-sama lapan rakannya.

Mohd Sani berkata empat rakan mangsa turut difahamkan hampir lemas, bagaimanapun sempat diselamatkan oleh orang awam di situ.

Operasi SAR terpaksa dihentikan pada 6 petang semalam kerana bimbang berlaku kejadian kepala air disebabkan hujan di kawasan bukit. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd