• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Khaizuran Waliyuddin Ditemui Nelayan

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Mayat Khaizuran Waliyuddin Suhaimi yang hilang ketika sedang mandi-manda bersama anggota keluarganya di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh semalam, ditemui oleh nelayan di pesisir pantai itu hari ini.

Timbalan Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Lt. Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata mayat kanak-kanak berusia lima tahun itu ditemui terapung kira-kira 9.45 pagi tadi.

“Mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian itu dibawa ke jeti Tok Bali serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Bot Maritim PENYELAMAT 7 telah ditamatkan pada 10.30 pagi dan juga agensi-agensi seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta orang awam yang turut serta dalam operasi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, empat sekeluarga ditemukan lemas manakala seorang lagi hilang dalam kejadian yang berlaku ketika mereka sedang mandi-manda di Pantai Tok Bali kira-kira 10.50 pagi.

Mereka yang lemas dikenal pasti sebagai Yazul Bahari Yakob, 46 dan anaknya Yasmin Nor Aliza, 10, dari Serdang, Selangor; adik Yazul Bahari, Yusnina Yakob, 38, dari Tanah Merah dan anak saudara mereka Zufika Suhaimi, 10 dari Semenyih, Selangor.

Khaizuran Waliyuddin merupakan adik Zufika. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd