• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Cina Jangan Ulangi Kesilapan Lalu

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Masyarakat Tionghua diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan lalu dengan memilih pemimpin yang salah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini hingga merugikan diri mereka sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemilihan pemimpin yang tidak betul dan “semborono” menyebabkan sesetengah kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ketinggalan dan dibiarkan oleh pemimpin tersebut tanpa pembelaan sewajarnya.

“Saya minta janganlah ulangi kesilapan lalu, dahulu dah buat tengoklah apa yang telah berlaku, kembalilah kepada Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti dapat membantu rakyat dan membangunkan kawasan ,” katanya pada Majlis Jamuan dan Penyampaian Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina 2018, di Sri Mentalon di sini, hari ini.

Kira-kira 600 orang masyarakat Tionghua dari 36 kawasan DUN negeri ini hadir bagi menerima sumbangan berupa ang pau dan limau mandarin dari Ahmad Bashah.

Ahmad Bashah berkata, tidaklah menjadi kerugian apabila memilih pemimpin BN sebagai wakil rakyat mereka, kerana ia bukan sahaja memberi keuntungan kepada rakyat dari pelbagai aspek, malah menjadi “jambatan” penghubung yang rapat dengan kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat Cina agar tidak terpengaruh dengan individu atau kumpulan pemimpin pembangkang yang akan muncul pada lima tahun sekali untuk menabur janji-janji pilihan raya serta menggesa rakyat untuk menukar kerajaan sedia ada.

“Kekalkanlah kerajaan BN kerana menukar kerajaan bukan seperti menukar baju kerana kesannya akan berpanjangan dan belum tentu menjamin masa depan yang lebih baik yang kita nikmati ketika ini,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, ingatan ini juga sering diperkatakan kepada kaum-kaum lain kerana ianya sangat penting demi menjamin masa depan generasi akan datang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU14: BN Kedah Hormati Keputusan Rakyat

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah menghormati keputusan rakyat negeri ini yang menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum...

Ahmad Bashah Gagal Pertahan DUN Suka Menanti

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd