• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Resepsi Fattzura Indah Bak Kayangan!

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERTEMAKAN kisah kayangan atau fairytale, majlis resepsi pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazuran Sharifuddin ternyata menepati jangkaan para tetamunya!

Menggunakan sentuhan ‘magis’ perancang majlis terkenal Reka Teemor bertemakan ‘Fattzura Fairytale’, majlis gilang-gemilang itu menyaksikan pasangan mempelai itu persis putera dan puteri raja melalui busana digayakan selain bersanding di pelamin yang dihiasi indah bak kayangan.

Pada majlis itu, Fazura, 34, anggun mengenakan gaun rona putih meleret serta veil yang menutupi wajah manakala Fattah, 27, mengenakan sut rona hitam rekaan Rizman Ruzaini.

Turut hadir pada majlis itu ualah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Majlis eksklusif itu menyaksikan tetamu dihiburkan dengan beberapa lagu daripada kumpulan Ruffedge, Bunga Citra Lestari, Dayang Nurfaizah dan Datuk Sheila Majid.

Selain rakan-rakan dan keluarga tersayang, majlis resepsi itu turut dihadiri oleh selebriti popular tanah air seperti Rozita Che Wan, Zizan Razak, Elfira Loy, Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah, Lisa Surihani, Datin Zizie Ezette, Elaine Daly, Aizat Amdan, Datuk Chef Wan dan Alvin Chong.

Gandingan Fattah dan Fazura menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella, tahun lalu membibitkan rasa cinta sebelum kedua-duana memutuskan untuk berkahwin.

Mereka kemudian mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu sebelum bernikah secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, dua minggu kemudian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fattah Aminmajlis resepsiNur Fazura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd