• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Macau Scam: 4 Wanita Rugi Lebih Setengah Juta

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Akibat terlalu percaya dan tidak membuat penyemakan dengan pihak berkuasa, empat individu di Pontian dekat sini tidak semena-mena mengalami kerugian berjumlah RM634,867 akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Zakaria Abd Rahman berkata kesemua kes berlaku pada bulan lepas dan melibatkan keempat-empat wanita berumur 40-an hingga 60-an yang bekerja sebagai guru, pesara kerajaan, pekerja swasta dan lain-lain.

Beliau berkata mangsa menyedari ditipu selepas mendapati kesemua wang dalam akaun bank mereka lesap.

Sebelum itu, mereka dikatakan menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kononnya mengaku sebagai pegawai bank dan juga pengawai kanan polis.

Namun, menurut Zakaria, ia merupakan modus operandi sindiket bagi memperdayakan mangsa untuk menyerahkan wang.

Sindiket itu juga, katanya, akan memberitahu mangsa bahawa mereka mempunyai tunggakan pinjaman peribadi dengan institusi kewangan sebelum menyambung panggilan kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pegawai polis di ibu pejabat polis tertentu.

“Di situ, mereka menyatakan mangsa terlibat pula dengan kes jenayah seperti pengubahan wang haram, penyeludupan dadah dan lain-lain kes jenayah.

“Suspek akan menawarkan bantuan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes tersebut dengan meminta mangsa membuat bayaran wang jaminan tetapi mangsa harus membuka akaun dengan pihak bank dan menyerahkan butiran akaun mereka seperti nombor pin transaksi perbankan Internet kepada suspek.

“Semua ini bertujuan membolehkan suspek membuat pengeluaran wang daripada akaun mangsa ke akaun pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memaklumkan kepada pihak polis sekiranya ada menerima panggilan sedemikian.

Beliau juga meminta orang ramai agar tidak mendedahkan apa-apa butiran akaun bank dan membuat semakan dengan pihak bank dan ibu pejabat polis terdekat jika berdepan situasi yang sama.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Supt Zakaria Abd Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pusat Hiburan Didapati Jual Dadah Dalam Jus

Next Post

Aceh Nafi Larang Umat Islam Sambut Hari Valentine

Related Posts

No Content Available
Next Post

Aceh Nafi Larang Umat Islam Sambut Hari Valentine

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd