• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo ‘Visit Malaysia 2020’ Dapat Liputan Media Asing

oleh AK-47
01/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA isu rekaan logo ‘Visit Malaysia 2020’ bukan sahaja menarik perhatian akhbar-akhbar tempatan, malah ia turut mendapat liputan meluas daripada portal-portal berita antarabangsa.

Ia jelas apabila portal BBC menerbitkan artikel bertajuk ‘Malaysia defends ‘hideous’ tourism logo despite criticism‘ yang membawa maksud, Malaysia pertahan logo ‘buruk’ pelancongan biarpun dikritik ramai, pada petang semalam.

Logo 'Visit Malaysia 2020' Dapat Liputan Media Asing

Seperti biasa, portal-portal antarabangsa lain turut mengikut jejak memainkan isu itu antaranya Telegraph.co.uk, Channel News Asia, Stuff.co, Asiancorrespondent.com, Design Taxi, dan laman Creativebloq.

Logo kebanggaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu mula menjadi kontroversi apabila ramai dakwa ia tampak tidak profesional dan rekaannya juga seolah dihasilkan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Paint.

Kecaman demi kecaman terus dilontarkan sehingga ada pihak tertentu yang kemudian cuba melakukan petisyen antarabangsa menerusi laman Change.org supaya logo tersebut ditukar dengan kadar segera.

Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz tetap mempertahankan rekaan logo ‘Visit Malaysia 2020’ biarpun netizen menimbulkan reaksi kurang senang terhadap rekaan tersebut.

Jawapan daripada Nazri itu seterusnya menyebabkan ramai pereka grafik tempatan menghasilkan logo rekaan mereka sendiri yang kemudiannya dimuat naik ke laman media sosial.

Lebih mengejutkan, ada yang hanya mengambil masa sekitar 20 minit untuk menyiapkan rekaan yang jauh lebih baik berbanding logo asal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BBCDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul Azizkementerian pelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Salahkan SPRM Dengan Penahanan Pemimpin UMNO

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak wajar dipersalahkan dalam siri siasatan dan penahanan pemimpin UMNO sejak kebelakangan...

“Saya Tak Pernah Minta Maaf Kepada Anwar”

03/10/2018
0

TEGAS... Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersih namanya kini tampak tidak kesampaian apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap menegaskan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd