• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mercun Thaipusam: 2 Sahabat Dipenjara, Denda

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Dua sahabat dihukum penjara empat hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat pertuduhan berasingan menyebabkan kecederaan ketika perarakan Hari Thaipusam awal bulan ini.

Majistret Mohamad Fared Abd Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap V Indran dan S Pubalan, kedua-duanya berusia 25 tahun, serta memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Majistret menjatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 1 Feb lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa telah bersama-sama menyebabkan kecederaan kepada N Murugan, 58, D Ranjeet, 37, R Savinthra, 11, dan S Vasatha, 55 (satu mangsa bersamaan satu pertuduhan) dengan cara membakar mercun secara gopoh atau cuai yang membahayakan nyawa manusia dan keselamatan orang lain.

Keempat-empat pertuduhan itu yang tertakluk di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan, didakwa dilakukan di hadapan restoran Vetrivel, Pekan Lama, Jalan Kuala Ketil pada 8.29 malam, 1 Feb lalu.

Terdahulu peguam kedua-dua tertuduh, R Babunaidu memohon agar hukuman minimum dikenakan ke atas kedua-dua anak guamnya yang masing-masing bekerja sebagai pengendali jentera berat dan pekerja restoran, memandangkan mereka tidak mempunyai niat untuk mencederakan sesiapa sewaktu kejadian.

“Niat mereka hanya untuk bermain mercun namun ia rosak sehingga meletup. Bagaimanapun mereka tidak berupaya untuk mengawal keadaan dan turut mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau menjelaskan permainan mercun atau bunga api menjadi satu kebiasaan dalam upacara keagamaan mahu pun acara rasmi kerajaan, dan tindakan mereka bermain mercun hanyalah demi meraikan perarakan kereta berhala pada ketika itu.

“Ramai yang menyaksikan pertunjukan itu dan ia (mercun) mempunyai 130 das tembakan, namun setelah 20 das tembakan, mercun itu meletup dan menyebabkan kecederaan kepada hadirin,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Geetha Jora Singh bagaimanapun mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira kepentingan awam kerana perbuatan tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa tapi juga mengakibatkan kecederaan kepada pengunjung.

“Kedua-dua tertuduh bukannya budak kecil yang tidak faham akan kesan dan tindakan perbuatan mereka terhadap orang ramai,

“Tidak dinafikan bahawa terdapat perarakan chariot (kereta berhala) pada tarikh tersebut memandangkan ia adalah sehari selepas Hari Thaipusam, tapi itu tidak bermakna kedua-dua tertuduh boleh membakar mercun sebab ramai yang berada di tempat kejadian,” katanya. – BERNAMA

Tags: dipenjaraLetupan Mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd