• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembu Bijak Lari Dari Tuan, Sembunyi Dalam Hutan

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEEKOR lembu dari Lettele, wilayah Overijssel, Belanda, baru-baru ini menjadi bintang media sosial dan simbol kebebasan selepas melarikan diri daripada tuannya yang cuba memasukkannya dalam sebuah trak untuk dibawa ke tempat penyembelihan.

Dinamakan Hermien, lembu itu pada awalnya melarikan diri dengan bersama seekor lembu lain, tetapi malangnya ditangkap semula selepas ditembak dengan pistol penenang.

Walau bagaimanapun, Hermien terlepas ke hutan berhampiran Friesland utara, di mana haiwan itu kini telah hidup sendiri selama enam minggu.

Ramai peminatnya di Twitter dan rangkaian media sosial lain gembira apabila Hermien berjaya mengelak daripada semua percubaan untuk menangkapnya semula.

Hashtags seperti #JesuisHermien, #GoHermien dan #MeKoe telah dilancarkan di laman sosial Belanda beberapa minggu kebelakangan ini.

‘Koe’ adalah perkataan Belanda bermaksud Cow (lembu).

Lembu itu turut mendapat perhatian kerabat Belanda, dengan Pieter van Vollenhoven, menantu bekas Ratu Beatrix, menulis tweet ‘kita harus menyelamatkan Hermien, mari kita semua membelinya dan memberikannya kebebasan’.

Satu kempen pengumpulan dana juga berjaya dilakukan.

Parti untuk Haiwan (PvdD) dan sebuah parti politik Belanda, telah berjaya mengumpul €48,000 untuk menyelamatkan lembu berusia tiga tahun itu sekali gus bagi memastikan ia dapat menghabiskan sepanjang hayatnya dengan aman, di sebuah kandang lembu di Friesland.

Satu-satunya masalah kepada rancangan itu ialah seseorang perlu mengangkap Hermien terlebih dahulu.

Lembu yang ‘bijak’ itu terbukti sangat sukar difahami.

Dia bersembunyi di dalam hutan yang berselirat dengan ranting dan dahan pokok sepanjang hari, hanya keluar selepas tengah malam dan hanya selepas memastikan bahawa tiada siapa yang mengintai.

Sekiranya dia merasakan ada bahaya, dia lebih senang tinggal di dalam hutan, mengikut naluri dan gerak hati.

Pada satu ketika, pemburu dianggap sebagai penyelesaian, tetapi ia berisiko.

“Dia telah bebas selama enam minggu dan mungkin sangat malu, khuatir dengan setiap orang yang mendekatinya,” kata Bert Hollander dari kandang lembu Koeienrusthuis kepada NL Times.

Ahli veterinar Belanda Edo Hamersma memberitahu AFP bahawa ‘dia pasti tertekan ketika sedang berjalan ke dalam trak menuju rumah penyembelihan itu. Sejak itu kita tidak dapat menangkapnya’.

Hamersma menambah bahawa pendekatan terbaik adalah meninggalkan Hermien selama beberapa minggu untuk menenangkan sarafnya dan kemudian menggunakan lembu lain untuk menariknya keluar.

Rupa-rupanya, apa yang diperlukan untuk menarik seekor lembu yang sedang bersembunyi adalah lembu lain, kerana naluri yang ada pada haiwan itu sangat kuat. – mStar Online

Tags: BelandaLembu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

21/07/2025
0

RANTAU PANJANG: Sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand kini menggunakan taktik semakin licik termasuk menyeludup dadah menggunakan...

Lembu Korban Jatuh Perigi

Lembu Korban Jatuh Perigi

08/06/2025
0

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd