• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Lemas: NIOSH Diarah Keluar Kertas Kerja Kabinet

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menghasilkan kertas kerja Kabinet bagi menangani kejadian lemas sehingga meragut nyawa mangsa.

Timbalan Perdana Menteri berkata kertas kerja itu kemudiannya akan dibentangkan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot kepada mesyuarat jemaah menteri bagi membincangkan isu berkenaan dengan teliti.

“NIOSH yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye sebelum ini telah cadangkan supaya satu jawatankuasa khas diwujudkan dan saya telah meminta supaya NIOSH sediakan kertas kerja Kabinet supaya dapat dibentangkan ke Kabinet.

“Ini supaya penyelesaian berbentuk jangka panjang dapat dicari. Bukan sahaja di pantai timur tetapi di seluruh negara dan dalam apa juga situasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pra pelancaran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Keselamatan Antarabangsa Asia (Natsec) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes lemas yang sering berlaku sehingga meragut nyawa mangsa.

Sebelum ini, Lee yang juga anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air Kebangsaan mencadangkan antara lain supaya sebuah jabatan bertaraf penuh dibentuk bagi merancang, menguat kuasa, menyusun strategi dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan kejadian lemas di air.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Terbaharu, dalam kejadian petang semalam, lima pemancing hilang dibawa arus deras ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh manakala tiga lagi terselamat. Mayat tiga mangsa telah ditemui setakat 1 tengah hari ini.

Dalam perkembangan lain, mengenai perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan belum berhasrat membatalkan sebarang perintah berkurung.

“Perintah berkurung ini ditandatangan sendiri oleh saya sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Maka pihak Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) kita jalinkan kerjasama bagi menentukan keutamaan untuk menjaga bukan hanya keselamatan di sekitar tanggungjawab Esscom tapi di sekitar 1,700 km di kawasan Esszone dan kawasan lain seluruh negara terutama di Pantai Timur Sabah,” katanya.

Beliau berkata keutamaan ini diberikan kerana soal keselamatan bukan sesuatu yang merupakan agenda politik tapi agenda yang berada di atas segala agenda yang lain, kerana soal isu pertahanan adalah satu komitmen kerajaan. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidilemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd