• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Emas Maut Ditetak Di Limbang

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di kawasan perumahan Batu Biah hari ini.

Ketua Polis Limbang Supt Mohd Bukhori Saffai berkata, Tiong Hock Sing yang berusia dalam lingkungan 70-an dijumpai terbaring berlumuran darah di atas katil oleh isterinya, dengan terdapat kesan luka dan tetakan pada leher mangsa.

“Ketika kejadian, isteri mangsa tidak berada di rumah kerana ke pasar. Buat masa ini, tak dapat dipastikan waktu kejadian berlaku tetapi Balai Polis Limbang menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bukhori berkata pemeriksaan pasukan perubatan Hospital Limbang mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Setakat ini, polis menahan anak lelaki bongsu mangsa yang berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.

“Menurut isteri mangsa, anak bongsunya yang tinggal bersama mereka mempunyai masalah mental,” katanya.

Polis turut merampas pisau pemotong daging, mob lantai dan pelapik kaki dari lokasi kejadian. – BERNAMA

Tags: ditetakSupt Mohd Bukhori Saffai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

Anggota Tentera Parah Ditetak Angkara Hutang

13/01/2024
0

MELAKA: Seorang anggota tentera berpangkat Koperal, cedera pergelangan tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh tiga individu tidak dikenali yang...

Lelaki Parah Ditetak Dengan Parang

15/02/2022
0

PONTIAN : Polis sedang mengesan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian menetak seorang lelaki di sebuah restoran di Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd