• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Melecur Disimbah Petrol, Dibakar

oleh AK-47
14/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki melecur di bahagian belakang badan dan kedua-dua tangan selepas dipercayai disimbah dengan petrol dan dibakar menggunakan pemetik api ketika memancing di bawah jambatan di Sungai Klang, Jalan Tun Sambanthan, di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 9 malam, ketika mangsa berusia 42 tahun itu sedang memancing bersama sepupu dan dua rakannya.

Beliau berkata mangsa memaklumkan ada cecair dibuang dari atas jambatan Jalan Tun Razak berhampiran Hentian Bas Pekeliling Kuala Lumpur yang terkena badannya.

“Mangsa terasa panas dan terjatuh ke dalam Sungai Klang serta dibawa arus hingga ke kawasan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra.

“Mangsa berjaya berenang dan sampai ke tebing lalu tertidur sehingga keesokan paginya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shaharudin berkata selepas sedar daripada tidur, mangsa ke tempat kejadian mencari sepupu dan dua rakannya tetapi tidak berjumpa, dan orang awam yang melihat mangsa melecur telah menelefon ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata hasil soal siasat, seorang saksi menyatakan mangsa disimbah dengan minyak petrol dan dibakar dengan pemetik api oleh seorang lelaki.

“Pegawai penyiasat kemudian melawat lokasi kejadian dan menahan tiga saksi termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan. Punca kejadian itu dipercayai kerana mangsa selalu membuat kacau menyebabkan suspek tidak berpuas hati terhadapnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: melecur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dutch Lady Siasat Kes Susu Tiruan Punca Bayi Sakit

Next Post

Dalang Sindiket Dokumen Antarabangsa Palsu Ditahan

Related Posts

Budak 9 Tahun Hidup Seksa Melecur Separuh Badan

Budak 9 Tahun Hidup Seksa Melecur Separuh Badan

04/01/2023
0

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki melecur di bahagian badan sebelah kanan dari bawah ketiak hingga ke paha akibat bermain...

Tong Gas Meletup: Mangsa Melecur Seluruh Badan

Tong Gas Meletup: Mangsa Melecur Seluruh Badan

13/12/2022
1

SEBERANG PERAI – Mangsa wanita yang terkena letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok...

Next Post

Dalang Sindiket Dokumen Antarabangsa Palsu Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd