• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan KM16 Jemaluang-Mersing Dinaik Taraf

oleh Ahmad Albab
05/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Laluan KM16 Jemaluang-Mersing yang runtuh akibat hujan lebat berterusan bulan lepas akan dinaik taraf supaya kukuh dan selamat dilalui pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata langkah menaik taraf itu merupakan penyelesaian jangka panjang terhadap laluan berkenaan.

“Selain berlaku runtuhan, laluan ini juga dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan. Jadi, kita setuju untuk mereka bentuk laluan. Kita akan besarkan laluan sebelah manakala bahagian laluan yang runtuh itu akan ditambak semula supaya kukuh,” katanya kepada pemberita selepas meninjau laluan berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama Anggota Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Anggota Dewan Undangan Negeri Tenggaroh K.Raven Kumar.

Fadillah berkata reka bantuk laluan itu akan mengambil kira pelbagai aspek bagi mengatasi kemalangan jalan raya selain aspek keselamatan lain termasuk memasang penghadang besi jalan.

“Kita kena kaji tanah dan bila reka bentuk siap dengan peruntukan yang diluluskan, kita jangkakan kerja menaik taraf laluan ini siap dalam tempoh enam bulan sehingga setahun,” katanya.

Fadillah berkata hari ini, laluan sementara di KM16 tersebut dibuka sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan selepas pembaikan dilakukan.

Beliau berkata laluan yang dibaiki dengan kos RM2.5 juta itu mula dibenarkan dilalui kenderaan ringan pada 31 Jan lepas manakala kenderaan berat, hari ini.

Hujan yang berterusan selama beberapa hari berturut-turut mengakibatkan cerun di laluan itu runtuh pada 15 Jan yang menyebabkan laluan ditutup kepada semua kenderaan, katanya.

Dalam pada itu, Fadillah berkata kementeriannya akan mengemukakan cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk membuat jalan pintas menghubungkan bandar Mersing-Kuantan.

Beliau berkata jalan pintas melalui kawasan kampung itu bertujuan mengurangkan kesesakan di bandar Mersing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Fadillah Yusofjalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

Raptai ASEAN-GCC: Jalan Sesak Akibat Ditutup

21/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara ditutup sempena raptai Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) 2025. Antara jalan...

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd