• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Sambut Baik Bina Tahfiz Tawar Peluang Akademik

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik cadangan kerajaan untuk membina sekolah tahfiz baharu yang mampu menawarkan peluang akademik serta kemahiran kepada pelajar-pelajar tahfiz.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah tahfiz sekarang lebih memfokuskan kepada hafazan dan ia akan menyukarkan pelajar yang tidak mempunyai kelayakan akademik untuk mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan.

“Pelajar-pelajar ini belajar di sekolah tahfiz kerana ingin jadi hafiz tetapi nanti mereka akan ada masalah untuk mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan kerana tidak memiliki sijil akademik.

“Kerajaan bina sekolah tahfiz ini bagi membantu pelajar untuk mendapatkan akademik kerana kalau tidak mereka habis sekolah nanti tak tahu hendak ke mana sebab tidak ada akademik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa peringkat tertinggi mengenai sekolah-sekolah tahfiz, berkata kerajaan bersetuju untuk membina sekolah berkenaan yang dicadangkan di Bagan Datuk, Perak.

​​​Mahdzir berkata buat masa kini sekolah tahfiz terbabit masih belum diputuskan untuk diletakkan di bawah kementerian mana, namun di pihak KPM, tiada masalah untuk melaksanakannya selain mempunyai bekalan guru yang cukup.

Terdahulu, Mahdzir merasmikan Program Ziarah Kasih Bikers Guru 1Malaysia yang disertai oleh 200 guru-guru seluruh Malaysia yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidSekolah Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Cabul Sekolah Tahfiz Tidak Cukup Bukti Untuk Dakwa

22/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mendakwa suspek-suspek yang didakwa telah mencabul seorang pelajar sekolah Tahfiz berusia 10...

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd