• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kolej Vokasional Langkawi Khusus Bidang Pelancongan

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kolej Vokasional Langkawi akan dijadikan kolej vokasional pertama khusus untuk bidang pelancongan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata langkah itu sejajar dengan kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Usaha ini yang dijangka dapat menampung keperluan sektor pelancongan termasuk pengusaha hotel dan resort akan dilaksana secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Kementerian Pendidikan di Jetty Point, di sini.

Beliau berkata kursus-kursus berkaitan seperti kulinari dan perhotelan sudahpun ditawarkan dan lebih banyak kursus berkaitan pelancongan akan ditawarkan pada masa depan.

Pada masa ini terdapat kira-kira 100 pelajar masing-masing yang mengikuti dua kursus tersebut, katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir berkata kerajaan membelanjakan secara purata RM8,900 untuk setiap pelajar setahun bagi memenuhi peruntukan Akta Pendidikan yang mengkehendaki penyediaan pendidikan secara percuma.

Pendidikan percuma ini dinikmati kira-kira lima juta pelajar di seluruh negara, katanya.

Menyentuh program jelajah itu, beliau berkata ia memberi peluang kepada warga kementerian dan masyarakat berinteraksi dalam usaha meningkatkan lagi akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Katanya program pertama berlangsung di Kajang, Selangor selama dua hari pada 10 Feb lepas sebelum ke Langkawi pada hari ini dan esok.

Program ini akan diteruskan di Pasir Puteh (Kelantan), Parit Buntar (Perak), Temerloh (Pahang) dan Tawau (Sabah), katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd