• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keserasian Pemain Lama, Baharu Mantap Lang Merah

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Keserasian antara pemain lama dan baharu menjadi tanda aras dalam membantu memantapkan pasukan Lang Merah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata keserasian antara pemain dalam pasukan sangat penting bagi membolehkan ia diterjemahkan di atas padang semasa perlawanan.

“Kita (KFA) telah penuhkan kuota pemain import dan terbaru ialah bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah yang mengisi slot kuota import ASEAN. Jadi sekarang pemain lama dan baharu masih dalam proses menyesuaikan diri antara satu sama lain.

“Pada perlawanan lepas, saya tengok ada perubahan dalam corak permainan tetapi apa yang penting sekarang adalah keserasian semua pemain kerana bila sudah serasi itu, ia dapat mantapkan pasukan Kedah untuk perlawanan seterusnya,” katanya selepas perjumpaan bersama pemain Kedah di Padang Stadium Suka Menanti di sini, hari ini.

Katanya dia berpuas hati dengan prestasi pemain import dan akan memberi ruang bagi membolehkan Ketua Jurulatih Ramon Marcote serta semua pemain untuk memahami kedudukan dan peranan masing-masing semasa di padang.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata dia yakin pasukan Kedah mampu memenangi perlawanan menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Sabtu ini sekiranya pemain bermain dengan semangat berpasukan yang tinggi. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Jangan Guna Industri Jadi Platform Raih Populariti”

Next Post

Buruh Bangladesh, Indonesia Bergaduh Kerana Rebut Lif

Related Posts

PRU14: BN Kedah Hormati Keputusan Rakyat

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah menghormati keputusan rakyat negeri ini yang menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum...

Ahmad Bashah Gagal Pertahan DUN Suka Menanti

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka...

Next Post

Buruh Bangladesh, Indonesia Bergaduh Kerana Rebut Lif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd