• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Klip Video Seks Anjing: Namewee Ditahan Polis

oleh
24/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DICEKUP… Penyanyi kontroversi, Namewee mendakwa ditahan polis selepas hadir beri keterangan berhubung klip video kontroversi terkininya yang menyinggung sensitiviti masyarakat negara ini.

Menurut kenyataan pentadbir akaun sosial Facebook penyanyi itu, Namewee, 34, pada mulanya hadir ke ibu pejabat polis di Bukit Aman tengah hari tadi bagi membantu siasatan terhadap klip terbaharunya yang berjudul Like A Dog.

Menerusi aksi klip muzik dalam berbahasa Mandarin dengan durasi 3 minit 15 saat tersebut, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, bercerita mengenai perihal anjing sempena perayaan Tahun Baharu Cina pada kali ini.

Berita ini turut disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. dengan menyatakan suspek ditangkap pukul 2.45 petang dan empat laporan polis diterima sejak minggu lalu.

Terdahulu, menerusi status semasa melalui laman sosial rasmi Namewee tengah hari tadi, dia memaparkan gambar suasana laluan akses Bukit Aman dengan balai pengawal dan mendakwa datang hanya untuk memberi keterangan.

Baca: Namewee Biadab Lagi, Seks Anjing Depan Masjid Putra

“Selamat Pagi KL! Saya kini berada di Bukit Aman untuk memberi keterangan. Saya tak gentar kerana saya percaya Malaysia mempunyai keadilan,” dakwa Namewee yang ditulis pentadbir akaun Facebook miliknya pada hari ini.

Pada Ahad lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan kertas siasatan mengenai isu klip itu sudah dibuka di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Video muzik Like a Dog memaparkan Namewee menyanyi sambil diiringi penari yang memakai topeng menyerupai kepala anjing berlatar belakang Bangunan Perdana Menteri dan bersebelahan Masjid Putra di Dataran Putrajaya.

Namewee namun menerusi video dimuat naik melalui YouTube itu mendakwa konon klip tersebut sekadar hiburan tanpa sentuh mana-mana pihak dan mengenai bunyi salakan anjing setiap negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: NameweeWee Meng Chee
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Namewee Keluar Dari IPD Dang Wangi, Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Namewee Keluar Dari IPD Dang Wangi, Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

13/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penyanyi, Namewee dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dengan siasatan kematian pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh Yu-hsin,...

Kali Ni Jangan Bagi Namewee Terlepas…..

Kali Ni Jangan Bagi Namewee Terlepas…..

05/11/2025
0

Kali Ni Jangan Bagi Namewee Terlepas..... Polis kini sedang memburu penyanyi rap dan pembikin filem tempatan, Namewee. Polis Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd