• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Kes Dera Bayi 46 Hari Siap

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Kertas siasatan kes bayi perempuan berusia 46 hari yang meninggal dunia akibat didera anggota keluarganya dalam kejadian di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah di sini pada Khamis lepas, telah pun siap.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kertas siasatan kes itu dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri hari ini untuk tindakan selanjutnya.

“Lima belas saksi termasuk anggota keluarga, jiran dan doktor yang menjalankan bedah siasat telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan…mungkin mereka (ibu bapa bayi) yang ditahan akan didakwa dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Pada Khamis, Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Nurul Ain Umairah, bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan di luar otak selain terdapat banyak kecederaan lebam, luka dan calar di badan mangsa.

​​​​​​​Berikutan itu, polis menahan sepasang suami isteri yang merupakan ibu bapa bayi berkenaan dan mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Nik Ros Azhan berkata jenazah bayi malang itu yang sebelum ini ditempatkan di Unit Forensik HSJ sejak Khamis bagi proses bedah siasat dan pemeriksaan, diserahkan kepada anggota keluarga mangsa hari ini.

Sementara itu, suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Panjang ketika jenazah Nurul Ain Umairah dikebumikan petang ini, malah datuk dan ibu saudaranya juga tidak dapat menahan air mata semasa mengiringi pemergian mangsa.

Terdahulu, jenazah Nurul Ain Umairah dituntut oleh datuk dan ibu saudara serta beberapa anggota keluarga mereka di HSJ kira-kira pukul 4 petang hari ini sebelum dibawa balik ke rumah keluarga di Kampung Tok Panjang.

Menurut datuknya yang hanya mahu dikenali sebagai Saidon, 53, selepas selesai solat jenazah cucu keempatnya di rumah mereka, mayat Nurul Air Umairah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Panjang selepas solat Asar hari ini.

Beliau berkata mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut kes itu manakala anak sulung pasangan berkenaan yang juga abang kepada Nurul Ain Umairah kini di bawah jagaannya serta anak perempuannya. – BERNAMA

Tags: Dera Bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Mati Dengan 89 Kesan Dera Di Badan

12/11/2019
0

SEPANG - Polis menahan suami isteri dan seorang wanita bagi membantu siasatan kematian bayi lelaki berusia 23 bulan dipercayai didera...

Polis Minta Orang Ramai Beri Maklumat Video Dera Bayi

12/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang kanak-kanak dipukul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd