• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Thanabalan Hilang Lagi, Kali Ini ‘Mustang Biru’

oleh
02/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kehilangan kereta kesayangannya tidak akan ganggu fokus N. Thanabalan terhadap latihan dan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Super, yang akan buka tirainya, Sabtu ini.

Penyerang muda Negeri Sembilan itu tetap beri tumpuan untuk persiapan pasukan walaupun kedudukannya dalam kesebelasan utama pada aksi pertama menentang PKNP FC, di Stadium Negeri, Pulau Pinang, masih belum pasti.

“Kehilangan kereta itu tidak akan menganggu fikiran saya terhadap latihan bersama pasukan Negeri Sembilan, walaupun kereta itu sememangnya amat berjasa dan mempunyai nilai sentimental pada saya dan keluarga.

“Walaupun kereta lama itu sentiasa digunakan untuk bergerak bagi menjalani latihan bersama dengan pasukan Negeri Sembilan, saya akan pastikan kes kehilangan kenderaan kali kedua ini tidak menjejaskan urusan harian.

“Saya cuma mengharapkan kereta berkenaan yang dibeli dengan harga RM3,000 pada tahun 2016 itu dapat ditemui semula kerana kenderaan terbabit amat bermakna dalam kehidupan saya dan keluarga,” katanya.

Thanabalan hanya menyedari Proton Iswara berwarna biru dengan nombor pendaftaran TQ 5198 itu hilang selepas menjalani upacara keagamaan sempena Thaipusam di Batu Caves, Selangor jam 5 pagi semalam.

Dia yang baru saja menamatkan aksi pada Kejohanan Konfederasi Bola Sepak AFC Bawah 23 Tahun (B-23) di China berkata, ini kali kedua kenderaannya hilang selepas tahun lalu pernah kehilangan Perodua Kancil.

“Tahun lalu kereta Kancil saya hilang di Kuala Lumpur ketika menjalani latihan bersama Felcra FC,” katanya yang turut merujuk model Iswara berkenaan seumpama kereta import Mustang keluaran Ford di Amerika Syarikat.

Sebaik sahaja berita mengenai kehilangan kereta tersebut tular menerusi media sosial, peminat sukan tempatan mula berkongsi maklumat tersebut dengan rakan-rakan, malah rayuan dibuat agar kenderaan itu dipulangkan.

Mengulas lebih lanjut mengenai persiapan skuad Hobin Jang Hobin menghadapi PKNP, pemain kelahiran Rantau itu berkata, dia belum pasti sama ada dapat bermain kerana masih belum cergas dengan sepenuhnya.

“Ada kemungkinan saya tidak diturunkan ketika pasukan Negeri Sembilan menentang kelab PKNP nanti, namun kedudukan muktamad sebenarnya bergantung penuh kepada keputusan ketua jurulatih sendiri.

“Saya mengharapkan pasukan dapat meraih kemenangan sebagai suntikan semangat dan keyakinan sebelum menghadapi perlawanan kedua menentang Kuala Lumpur pula,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AFCFelcra FCHobin Jang HobinN Thanabalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Malaya Selangkah Ke Piala Asia 2027: Semoga Keputusan AFC Tidak Sekat Impian

Harimau Malaya Selangkah Ke Piala Asia 2027: Semoga Keputusan AFC Tidak Sekat Impian

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub Semoga Harimau Malaya berjaya mengharungi permasalahan membabitkan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap Persatuan...

Mansuh Skim Pencen Dijangka Jejas Produktiviti, Lemahkan Semangat Penjawat Awam – Pakar Ekonomi

AFC Iktiraf Kehebatan Faisal

26/01/2024
0

DOHA: Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia disenaraikan dalam kesebelasan utama terbaik perlawanan ketiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd