• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya Turun

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang direkodkan pada tahun 2017 menurun sebanyak 412 kepada 6,740 daripada 7,152 kematian dicatatkan pada 2016.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Ting Lai berkata indeks kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar turut menyusut kepada 2.34 pada tahun 2017 daripada 2.59 pada tahun sebelumnya.

“Saya berhasrat untuk menurunkan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar kepada 2.0 pada tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2018 di sini, hari ini.

Beliau turut berkata bahawa motosikal masih menjadi penyumbang utama jumlah kematian di jalan raya dengan 64.5 peratus (4,348) daripada jumlah pengguna jalan raya yang maut pada tahun 2017 adalah penunggang motosikal.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran tersebut, Liow berkata pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) telah menunjukkan pencapaian yang besar.

Liow berkata sistem yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) itu mencatatkan pematuhan had laju sehingga 95 peratus sejak ia dilaksanakan.

Beliau berkata 100 pegawai Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (1,500) dan polis (4,000) yang terlibat dalam Ops Selamat (PDRM) dan Ops Bersepadu (JPJ) yang dilaksanakan serentak dalam tempoh yang sama bermula dari 9 Feb hingga 23 Feb ini.

Ops Selamat akan memberikan tumpuan kepada advokasi dan penguatkuasaan undang-undang manakala Ops Bersepadu dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk melakukan pemeriksaan ujian air kencing bagi pemandu bas di 30 terminal bas.

Selain itu katanya, beberapa langkah kawalan akan dilaksanakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina seperti tahun-tahun sebelum ini termasuk larangan ke atas kenderaan barangan tertentu pada 14 dan 15 Feb serta 24 dan 25 Feb.

Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan di kawasan lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan negeri akan dihentikan, manakala semua jentera dan peralatan akan dialihkan sepanjang tempoh operasi berkenaan. – BERNAMA

Tags: kemalanganLiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd