• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lewat Bina Hospital Pendang Akibat Perubahan Pelan

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kelewatan pembinaan Hospital Pendang disebabkan perubahan pelan asal serta penilaian semula kos selepas ditukar statusnya dari tidak berpakar kepada hospital separa pakar.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, keadaan ini menyebabkan kos pembinaan dinilai semula akibat perubahan reka bentuk bangunan dan fasiliti bagi memenuhi keperluan 10 bidang kepakaran yang disediakan di hospital itu nanti.

“Peruntukan kerajaan bergantung kepada projek yang hendak dilaksanakan, apabila diubah daripada hospital tidak berpakar kepada hospital separa pakar kosnya berubah kerana berlaku perubahan dari aspek reka bentuk”.

“Apabila siap nanti, hospital ini akan mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kerana pesakit tidak perlu ke HSB lagi untuk mendapatkan rawatan,” katanya pada Majlis Anugerah Ikon Kesihatan Kedah 2018 serta Majlis Penghargaan Media dan Penggerak Kesihatan Komuniti negeri di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Dr Norhizan menerima anugerah Ikon Kesihatan Kedah 2018 yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong.

Katanya, projek pembinaan hospital yang membabitkan hospital pakar atau separa pakar memerlukan penelitian dan perancangan yang rapi agar setiap bangunan yang dibina selamat dan kemudahan perubatan yang disediakan mencukupi.

“Kita terpaksa bermula dari awal semula menghantar kertas kerja dan mengadakan bengkel-bengkel serta perbincangan bagi penilaian dari pelbagai aspek bersama bahagian Kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Bagaimanpaun Dr Norhizan berkata, projek ini telah menampakkan perkembangan positif apabila tawaran tender dibuka pada 22 Dis lalu.

Projek pembinaan Hospital Pendang yang melibatkan kos kira-kira RM222 juta sebelum ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Hospital Pendang ialah antara hospital baharu yang akan dibina selain hospital di Kemaman, Bentong, Pasir Gudang, Maran dan Baling.

Hospital itu bakal mempunyai 250 katil dan 10 bidang kepakaran antaranya perubatan am, pembedahan am, pediatrik, obstetrik dan ginekologi. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Norhizan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

48 Pelajar Keracunan Selepas Nikmati Sarapan

22/02/2018
0

ALOR SETAR - Empat puluh lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom di Sungai Petani, mengalami keracunan makanan dipercayai selepas...

Letupan Mercun: 4 Mangsa Masuk Ke Hospital Stabil

04/02/2018
0

ALOR SETAR - Empat individu yang dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, selepas cedera akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd