• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Kena Ambil Cakna Kajian Atasi Banjir

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Kerajaan Kelantan tidak menunjukkan tanda positif mengambil cakna kajian dan dapatan pihak berautoriti dalam melestarikan sungai dan hutan bagi penyelesaian jangka panjang masalah banjir di negeri itu, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) Datuk Dr Azuhan Mohamed.

Menurutnya, banyak kajian telah dijalankan termasuk oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) berhubung melestarikan lembangan Sungai Kelantan namun ia kekal sekadar kajian.

“Untuk melenyapkan mimpi ngeri bah kuning rakyat Kelantan pada tahun 2014, semua pandangan ini perlu diambil kira tetapi setakat ini saya belum nampak mereka mengambil cakna terhadap kajian dan dapatan yang dihasilkan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Ceramah Teknikal Umum: Ke Arah Melestarikan Lembangan Sungai Kelantan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Azuhan berkata berbeza pula dengan kerajaan negeri Pahang dan Perak yang sedia mendengar pandangan pihak lain seperti Nahrim dalam perancangan menangani masalah banjir dikedua-dua negeri itu.

Antaranya adalah kerjasama dalam projek mengatasi banjir di Cameron Highlands melalui program kelestarian tadahan sungai di Sungai Bertam dengan mengguna pakai sistem ‘Intelligent River Guard’ (INTRiGUARD) serta memperelok struktur Sungai Perak, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak boleh bersikap ‘lepas tangan’ berkaitan isu bencana atas alasan ia tanggungjawab kerajaan Persekutuan sebaliknya perlu bertanggungjawab memastikan segala pembangunan dilaksanakan secara mampan supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar yang menyumbang kepada berlakunya bencana alam.

Melalui inisiatif Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1 bernilai RM572 juta yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lepas, kerajaan Kelantan perlu turut menjadikan usaha melestarikan sungai sebagai agenda utama melalui penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap setiap kelulusan pembangunan tanah, katanya.

Menurut Azuhan, kelestarian lembangan Sungai Kelantan bukan sahaja mampu mengurangkan risiko banjir besar tetapi turut membantu meningkatkan sumber bekalan air serta industri pelancongan yang sinonim dengan negeri itu.

Beliau berkata langkah segera yang perlu dilakukan ialah menguruskan sisa bencana banjir 2014 seperti membersihkan sungai dan dasarnya daripada tinggalan kayu balak dan kayu-kayan kerana jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan usaha melestarikan lembangan sungai tidak akan berhasil sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Azuhan Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CUEPACS Gesa GST Dikecuali Bagi Rumah Pertama

Next Post

Tak Terburu-Buru Ganti Kumar, Tunggu Keputusan FIH

Related Posts

No Content Available
Next Post

Tak Terburu-Buru Ganti Kumar, Tunggu Keputusan FIH

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd