• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Terima RM48.1 Juta Laksana 19 Projek Dari KKLW

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sejumlah RM48.1 juta untuk melaksanakan 19 Projek Quick Win iaitu projek yang perlu dilaksanakan segera bagi pembangunan kawasan luar bandar dan wilayah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata kesemua projek bersifat ‘titik sentuhan’ itu dilaksanakan bermula Januari lepas hingga Mei ini.

“Daripada RM48.1 juta, itu sejumlah RM10 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek ameniti sosial dan jalan perhubungan desa manakala sebanyak RM11.3 juta diagihkan untuk projek baik pulih rumah dan pembinaan rumah baharu di negeri ini.

“Sementara itu, RM465,000 lagi diperuntukkan bagi melaksanakan dua projek di bawah Felcra (Felcra Berhad), RM4.6 juta diagihkan kepada RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) yang membabitkan pelaksanaan dua projek serta RM21.7 juta lagi melalui Keda (Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah) melibatkan 11 projek,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan projek itu di Pejabat Risda Daerah Kuala Muda/Yan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Tajudin yang turut meluangkan masa melawat pusat jualan produk usahawan RISDA atau RisSMart, berkata lebih ramai pekebun kecil RISDA diharapkan dapat melibatkan diri dengan aktiviti ekonomi tambahan untuk membolehkan mereka mendapat pendapatan sampingan.

“Pekebun kecil boleh terlibat dalam aktiviti keusahawanan, penternakan, perladangan, ataupun membuka bengkel kereta dan motosikal, selain hanya tertumpu kepada hasil getah.

“RISDA kini mempunyai kedai sendiri yang berperanan memasarkan produk-produk seperti makanan, kraftangan dan sebagainya yang dihasilkan pekebun kecil, dan peluang ini harus direbut oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata kedai yang baharu beroperasi sejak dua minggu lalu itu menempatkan lebih 10 produk yang diusahakan lapan pekebun kecil RISDA. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: KedahKKLW
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd