• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Bangunan KWSP: Tiada Unsur Jenayah

oleh Ahmad Albab
16/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kebakaran di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya tidak mengandungi unsur perbuatan jenayah atau sabotaj, sebaliknya adalah kebakaran tidak disengajakan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu berlaku semasa kerja-kerja pembaikan masalah kebocoran ‘External Insulation Finishes System’ (waterproofing) dengan menggunakan ‘granule bitumen membrane roll’ dilakukan di foyer di sebelah belakang di tingkat satu bangunan.

Katanya ‘waterproofing membrane’ itu perlu dileburkan dahulu bagi membolehkan bahan tersebut melekat pada lantai konkrit dan kaedah melebur itu menggunakan ‘single burner flame gun’ yang menggunakan gas petroleum cecair (LPG).

“Semasa kontraktor melakukan kaedah melebur itu, beliau tidak tahu bahawa salutan dinding luar (cladding) jenis EIFS (Exterior Insulation and Finish System) diperbuat daripada bahan mudah terbakar iaitu ‘Polystyrene foam’.

“Bangunan KWSP ini telah membuat pengubahsuaian yang melibatkan pemasangan ‘cladding’ ini pada tahun 2003 dan menampalkan pada bangunan mereka,” katanya dalam sidang media mengenai kebakaran bangunan KWSP di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noh berkata pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan pukul 11.52 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. Operasi memadam kebakaran mengambil masa kira-kira 30 minit dan seramai 527 pekerja di bangunan tersebut telah berjaya menyelamatkan diri.

Beliau menjelaskan kebakaran itu melibatkan lima peratus daripada keseluruhan bangunan iaitu pada bahagian cladding di bahagian sebelah kiri dan belakang, manakala bahagian dalam cuma berlaku kebakaran di sebahagian kecil di tingkat enam.

Berdasarkan kesan kebakaran dan keterangan saksi, beliau berkata tempat bermula kebakaran adalah sebelah kiri di bahagian belakang di tingkat satu lantai foyer.

“Sumber nyalaan yang mencetuskan kebakaran adalah nyalaan daripada LPG yang digunakan pada Single Burner (LPG) Flame Gun yang terkena pada cladding dipasang pada bahagian luar dinding tersebut. Kemudian kebakaran ini merebak dengan cepat pada cladding yang diperbuat daripada polystyrene foam itu.

“Mana-mana bangunan perlu mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan apabila bangunan itu mengubah suai, mereka bertindak menambah bahan-bahan yang tidak diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Sehubungan itu, Noh mengarahkan bangunan yang menggunakan ‘cladding’ (bahan pelapis) yang mudah terbakar supaya menanggalkan bahan binaan itu serta-merta sebaliknya menggantikan dengan bahan-bahan yang diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Katanya bahan-bahan yang dibenarkan pada cladding mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 adalah bahan kelas O, dan antara bahan yang telah diluluskan adalah ‘Clay Material for Finishing Materials for Wall’, ‘Aluminium Composite Panel’ dan ‘Exterior Compact High Pressure Laminates’.

“Saya ingin memberi ingatan dan amaran kepada semua bangunan untuk segera tanggalkan polystyrene foam itu. Kalau didapati masih menggunakan bahan itu, maka ia menjadi satu kesalahan yang besar. Sila beri kerjasama kepada pihak bomba,” katanya.

Noh berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat juga akan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas bangunan-bangunan yang disyaki menggunakan bahan-bahan itu.

“Sekiranya ada pihak bangunan yang tidak pasti mengenai bahan yang digunakan, mereka boleh menghubungi mana-mana pihak bomba untuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap bahan itu. Kita mesti mengambil langkah pencegahan,” katanya, sambil menambah polystyrene itu tidak boleh digunakan di luar atau dalam mana-mana bangunan.

Dalam pada itu, Noh berkata laporan penuh mengenai kebakaran itu dijangka dapat dikeluarkan dua minggu lagi.

Noh berkata rekod pihak bomba menunjukkan kebakaran bangunan KWSP bukan kali pertama kerana insiden sama menggunakan bahan-bahan mudah terbakar pernah berlaku di struktur luar Perpustakaan Kuala Lumpur di Jalan Sultan Hishammuddin pada 2016.

Ditanya sama ada bangunan menggunakan polystrene foam kerana harganya murah, Noh berkata: “Tidak semestinya bahan itu murah. Mungkin ada beberapa kategori foam itu harga itu.

“Tetapi, apabila berlaku satu kebakaran, nyawa lebih berharga. Kita tidak mahu insiden kebakaran Grenfell Tower di West London yang mengorbankan 70 nyawa pada Jun tahun lalu berlaku di negara kita,” katanya.

Ditanya sama ada kontraktor sebelum ini yang menampal bahan-bahan mudah terbakar pada bangunan KWSP akan diambil tindakan, Noh berkata ketika pengubahsuaian bangunan itu dibuat pada 2003, bahan-bahan mudah terbakar itu masih belum luas digunakan. – BERNAMA

Tags: KWSPTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd