• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Keamanan Tidak Datang Dari Langit” – TPM

oleh AK-47
18/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru semua pihak memberikan sumbangan kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bagi menghargai jasa pesara pegawai dan anggota polis sepanjang perkhidmatan mereka.

“Keamanan itu tidak datang dari langit, ia datang kerana tugas yang cekap daripada pihak polis dan ia memerlukan kerjasama daripada orang ramai,” katanya ketika mengumumkan sumbangan sebanyak RM2 juta untuk dana TAWP.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata selaku daerah baharu, Bagan Datuk diperuntukkan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) yang akan menyaksikan 280 perjawatan baharu anggota dan pegawai polis untuk ditempatkan di IPD tersebut.

Katanya sebanyak RM138 juta telah diperuntukkan bagi membina IPD Bagan Datuk yang baharu itu dan dijangka siap menjelang 2020.

“Apabila Bagan Datuk telah dinaik taraf kepada daerah, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan memberitahu saya bahawa ada pertambahan jawatan yang telah diberi dan diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,” katanya.

Terdahulu Ahmad Zahid mengetuai konvoi motosikal berkuasa tinggi PDRM bermula dari Tanjung Karang ke Hutan Melintang yang bertujuan mengumpul dana untuk TAWP bersempena Hari Polis ke-211 tahun ini.

Konvoi yang bermula dari Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur itu singgah di Tanjong Karang dan Sungai Besar, Selangor sebelum tiba Hutan Melintang kira-kira 12 tengah hari tadi.

Konvoi selama tiga hari itu akan melalui Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jumlah tersebut menjadikan dana terkumpul sehingga kini sebanyak RM5 juta.

“Selain daripada itu, saya memberikan tanggungjawab kepada Datuk Seri Zulkifli, atas usaha konvoi ini, cari lagi RM5 juta lagi supaya TAWF ini ada RM10 juta untuk program-program polis di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program santai makan tengah hari bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bagan Datuk dan Hilir Perak di Balai Polis Hutan Melintang di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Sri Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.

Pada 15 Jan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan dana sebanyak RM3 juta kepada TAWP bagi tujuan kebajikan pesara-pesara polis ketika perjumpaan dengan pesara polis di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd