• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Ditahan Edar Dadah Sejak 5 Bulan

oleh Ahmad Albab
03/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang jururawat persendirian ditahan polis di sekitar Wangsa Melawati, semalam selepas disyaki terlibat dalam aktiviti mengedar dadah.

Suspek wanita yang berusia 27 tahun itu, ditahan di tepi jalan di sebuah rumah di Jalan Wangsa Budi pada kira-kira 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata polis menemui sebuah beg kertas yang dibawa suspek mengandungi lapan ketulan mampat serta daun kering disyaki ganja.

Beliau berkata berat kesemua bahan terlarang berkenaan diangggarkan 255.49 gram yang dianggarkan bernilai RM850.

“Selain itu, polis juga menemui sebuah botol kaca berwarna kuning, papan plastik warna putih serta sebilah pisau disyaki untuk tujuan pembungkusan dan peralatan menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Roy Suhaimi berkata hasil soal siasat suspek mendapati wanita itu menerima bekalan dadah daripada seorang lelaki di sekitar Kota Damansara sejak lima bulan lepas.

Beliau berkata ujian saringan air kencing yang dibuat pada wanita itu mendapati ia positif dadah dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahjururawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd