• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JLKN Nafi PLKN Seperti Program ‘Kem Percutian’

oleh AK-47
21/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menyangkal kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang mendakwa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti “kem percutian” dan gagal melahirkan belia patriotik.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohmed Asri Yusof berkata pihaknya sudah melaksanakan Makmal Transformasi PLKN pada 2015 bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan berhubung transformasi terhadap program berkenaan.

“Kita mendapatkan pelbagai pandangan antaranya daripada agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pemain industri, golongan muda, operator kem, alumni dan jurulatih PLKN serta golongan ibu bapa.

“Bagaimanapun, sekiranya pihak Patriot ada cadangan untuk menambah baik program ini, kita sedia menyemak cadangan mereka tetapi setakat ini program dilaksanakan menunjukkan keberhasilan melahirkan golongan belia yang cintakan negara dan berkemahiran tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Pada 14 Februari lepas, anggota Patriot Mejar (B) Ismail Jr. Feisol dilaporkan berkata kem PLKN dikendalikan seperti “kem percutian” oleh jurulatih yang dipersoalkan semangat cintakan negara.

Justeru itu, beliau berkata pihaknya bakal menganjurkan Bengkel Kepimpinan Belia dan Patriotisme untuk belia, dan akan dikendalikan bekas pegawai polis dan tentera.

Sementara itu, Pengerusi Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN), Mohamad Nazrin Faiz Che Abd Aziz berkata PLKN 2.0 telah memperkasakan jati diri belia yang menyertainya.

“Program ini membentuk keyakinan dan semangat patriotisme dalam kalangan peserta. Ia juga menjadi nilai tambah kepada peserta untuk berkomunikasi di khalayak ramai.

“Melalui PLKN, kita dapat lihat keakraban, kerjasama dan interaksi antara peserta yang berbilang kaum bagaikan satu keluarga besar. Di samping itu, PLKN turut menyediakan platform membina kerjaya terutamanya melibatkan sektor tenaga mahir kepada pesertanya,” kata beliau.

Sementara itu, pelatih Kem Segari, Perak kumpulan 3 siri 6/2009, Cecilia Raj Selvaraj berkata setelah menyertai PLKN, beliau kini lebih bersikap terbuka terhadap bangsa lain dan ia juga mengajarnya erti cintakan negara.

“Jika sebelum ini, saya hanya bergaul dengan bangsa saya sahaja, tetapi selepas menyertai PLKN, saya turut memahami bukan setakat cara bangsa lain tetapi juga mengajar saya mengenali agama yang dianuti rakan saya. Ia merupakan program yang perlu diteruskan bagi mendidik golongan belia,” katanya

Ketika ditanya sama ada program berkenaan perlu dijalankan seperti kem tentera, Cecilia berkata modul yang disediakan dalam PLKN memadai untuk mendisiplinkan peserta program berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohmed Asri Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd