• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jelas Sekali Itu Bukan Saya” – Chong Wei

oleh Haris
14/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAGUH badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan dirinya terlibat dalam sebuah video seks yang tular yang didakwa miliknya bersama seorang wanita tidak dikenali.

Chong Wei mengakui, ia mungkin disebarkan pihak tertentu sebagai taktik kotor menjatuhkannya, ekoran filem biografi dirinya berjudul Lee Chong Wei: Rise of the Legend bakal ditayangkan di pawagam bulan hadapan.

“Ini tidak masuk akal, kamu sendiri boleh lihat video itu dan sekali pandang kamu boleh tahu itu memang pun bukan saya,” tegas Chong Wei.

Jelas pemain kelahiran Pulau Pinang itu lagi, dia mengambil tindakan untuk segera membuat laporan polis kerana berasa perkara tersebut sebagai sudah agak keterlaluan.

“Ramai orang hubungi saya tanya ini tetapi saya hanya ketawa. Namun, saya buat laporan polis mengenai perkara ini di Ibu Pejabat Bukit Aman hari ini,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Menurut pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali itu, dia sebenarnya sudah lali menjadi mangsa tuduhan jahat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan berniat hanya mahu menjatuhkan imejnya.

“Pasti akan ada orang yang tidak suka dengan kejayaan yang kamu kecapi dan ini adalah salah satu cara mereka mahu menjatuhkan kamu. Namun, ada masanya ia sudah keterlaluan,” luahnya.

Chong Wei berkahwin dengan bekas pemain badminton negara, Datin Wong Mew Choo pada 2012 lalu dan mereka dikurnakan dua orang anak.

Dalam pada itu, Chong Wei turut memberikan pandangan berhubung kes dua orang pemain badminton negara yang sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana disyaki terlibat dengan skandal mengatur perlawanan.

“Apa yang saya boleh katakan, ia mencemarkan nama baik negara dan sukan badminton. Mereka mungkin bukan pemain BAM (Persatuan Badminton Malaysia) tetapi mereka masih membawa Jalur Gemilang di dada mereka setiap kali beraksi,” jelasnya.

Ujarnya, kes tersebut sangat memalukan dirinya sebagai pemain senior negara dan berharap BAM mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua pemain yang terbabit. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: badmintondatuk lee chong weiskandal seks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd