• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamil Khir Berjaya Batalkan Saman Pemangkin

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) berhubung dakwaan salah laku dan usaha menutup Pemangkin.

Peguam Adnan Seman yang mewakili Jamil Khir berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Faizah Jamaludin membuat keputusan itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Suhaimi Kamaruddin yang mewakili tiga plaintif iaitu dua pengasas Pemangkin Datuk Mohd Yusoff A.Bakar, 65, dan Ahmad Fazil Hashim, 61, serta Pemangkin.

Adnan berkata mahkamah membenarkan permohonan Jamil Khir untuk membatalkan saman itu selepas mendapati writ saman dan pernyataan tuntutan tersebut tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Mahkamah memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan pertama itu (Jamil Khir), katanya kepada media hari ini.

Selain Jamil Khir, plaintif dalam samannya turut menamakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pemangkin, iaitu Datuk Shahlan Ismail, 59; Mohd Yusof Abd Rahman, 62 dan Mokhtar Abdul Razak, 59; Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abibullah Samsudin, 58; Pengarah Undang-Undang Yapiem Sharina Ramli, bekas setiausaha syarikat itu Normala Embi, 54; dan YaPEIM sebagai defendan kedua hingga kelapan.

Mahkamah sama juga membatalkan saman Pemangkin terhadap tujuh defendan itu pada 10 Nov 2017.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif memohon satu perintah deklarasi bahawa Pemangkin adalah sebuah entiti yang berdiri sendiri dan bukan anak syarikat kepada mana-mana syarikat atau yayasan atau pertubuhan lain termasuk Yapeim.

Mereka juga menuntut satu perintah deklarasi bahawa arahan dan tindakan Jamil Khir dan tujuh defendan lain untuk mendomankan Pemangkin adalah tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang, serta perintah deklarasi bahawa pelantikan defendan kelima selaku ketua pegawai eksekutif kepada plaintif ketiga sebagai tidak sah dan terbatal. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lompat Parti Disifatkan Proses Pemutihan UMNO

21/12/2018
0

ALOR SETAR - Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak menggugat kekuatan parti itu sebaliknya dilihat mampu...

Tiada Pinda Akta Tubuh Mahkamah Khas Syariah

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd