• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘James Bond’ Mahu Jual Aston Martin RM2 Juta Miliknya

oleh
18/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELONG… Tokoh perisikan Inggeris terunggul di layar perak, James Bond, dilaporkan mahu ‘berpisah’ buat selama-lamanya dengan kereta mewah kesayangan miliknya iaitu Aston Martin.

Pelakon warga British, Daniel Craig yang pernah membawa peranan ikonik itu menerusi empat buah filem tersebut, mahu melelong model Aston Martin edisi terhad yang dihasilkan khas untuk dirinya pada empat tahun lalu.

Firma yang dilantik untuk menguruskan acara lelongan berkenaan, Christie’s memberitahu media antarabangsa bahawa hasil bidaan paling tinggi itu nanti bakal disalurkan kepada sebuah organisasi kebajikan terpilih.

Pelbagai model kereta Aston Martin telah muncul dalam filem-filem Bond sejak 50 tahun lalu, bermula dengan Goldfinger pada tahun 1964, yang menyaksikan aktor Sean Connery memandu model DB5 berwarna perak.

Jenama eksklusif keluaran syarikat Britain tersebut dan ditubuhkan sejak 1913 itu; telah muncul dalam kesemua empat sekuel filem Bond yang pernah dilakonkan oleh Craig yang bakal berusia genap 50 tahun pada 2 Mac ini.

Kereta milik Craig ialah model Vanquish tahun 2014 yang hanya dihasilkan sebanyak 100 buah bagi meraikan ulang tahun ke-100 penubuhan Aston Martin oleh dua orang pengasasnya iaitu Lionel Martin dan Robert Bamford.

Kereta peribadi Craig itu malahan mempunyai nombor plat pendaftaran ‘007’ yang sering digunakan dalam semua filem James Bond sebagai kod rujukan ganti nama pengenalan diri untuk penyamaran ejen perisikan tersebut.

“Ia satu penghormatan pada kerjaya beliau. Apa yang Craig bawakan dalam watak Bond itu sangat dihargai syarikat automotif tersebut, dan pastinya oleh jutaan peminat tegarnya sendiri,” ujar Pengarah Christie’s, Becky MacGuire.

Kenderaan dua pintu berkenaan bahkan mempunyai rangka luaran yang berwarna biru dengan kemasan dalaman unik daripada bahan material kulit berwarna biru gelap, kerana ia memang dihasilkan mengikut cita rasa Craig.

Hasil lelongan itu akan dimanfaatkan badan kebajikan di New York, The Opportunity Network, yang memberi peluang kepada pelajar golongan kurang berkemampuan untuk mengejar impian dalam pendidikan dan kerjaya.

Craig dan isterinya, aktres Rachel Weisz, merupakan ahli lembaga pengarah organisasi itu. Nilai kereta dianggarkan antara AS$400,000 hingga AS$600,000 (RM1.56 juta hingga RM2.33 juta). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Aston MartinDaniel CraigJames Bond
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Henry Golding Bintangi James Bond?

20/02/2019
0

AKTOR popular Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding dilaporkan bakal membintangi filem James Bond. Henry, 32, dikhabarkan akan menggantikan pelakon Daniel...

Kereta James Bond Ditemui Setelah 20 Tahun Hilang

27/06/2018
0

MISTERI kehilangan sebuah kereta sport, Aston Martin lebih 20 tahun yang dilaporkan dicuri telah terjawab apabila kenderaan antik tersebut berjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd