• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pangsapuri Unilodge Sengaja Dihangatkan Semula

oleh AK-47
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan isu pangsapuri Unilodge di Australia melibatkan Mara Incorporated Sdn Bhd yang dibangkitkan oleh beberapa media baru-baru ini sengaja dihangatkan semula berikutan pilihan raya umum ke-14 semakin hampir.

Katanya kes melibatkan bangunan 12 tingkat di 746 Swanston Street, Melbourne yang dijadikan tempat penginapan pelajar itu pernah dibangkitkan media pada 2015.

“Kes tersebut sudah lama diviralkan. Barangkali oleh kerana pilihan raya kita semakin hampir, jadi kes seperti ini cuba dihidupkan dan dihangatkan kembali seolah-olah berlaku salah laku dalam kalangan pegawai Mara dan sebagainya,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata Mara akan menyokong apa juga tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berkenaan dan agensi tersebut tidak akan melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam salah laku.

Terdahulu dalam kenyataan hari ini, beliau berkata Mara telah menyerahkan segala dokumen berkaitan isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan akan memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya itu.

Pada 27 Jan lalu, media Australia Sydney Morning Herald melaporkan urus niaga hartanah membabitkan Mara itu didakwa menanggung kerugian RM60 juta akibat penyelewengan dalam urus tadbir niaga hartanah pangsapuri berkenaan.

Akhbar tersebut mendakwa hartanah itu sengaja dinilai lebih tinggi dengan menggunakan ejen penilaian hartanah tempatan.

Susulan laporan itu, beberapa pihak menggesa Mara dan kerajaan membuat pernyataan balas terhadap dakwaan berkenaan.- BERNAMA

Tags: Datuk Dr Awang Adek HussinIsu Pangsapuri Unilodge
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Lelaki Pengerusi Mara Meninggal Dunia

16/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Anak lelaki Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Awang Adek Hussin meninggal dunia di kediamannya di...

Najib Rakam Ucapan Takziah Kepada Awang Adek

17/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd