• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu KLVC: Felda Diarah Tindak Terhadap Pihak Cuai

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda telah diarah mengambil tindakan tatatertib dan tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FICSB).

Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) menunjukkan terdapatnya ketidakpatuhan prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentingan Felda.

“Felda diarahkan mengambil tindakan tatatertib dan/atau undang-undang ke atas mereka yang dinamakan dalam laporan audit itu, yang didapati cuai dalam menjalankan tugas, salah nyata dan tidak menjaga kepentingan Felda dan FICSB,” menurut kenyataan JPM hari ini.

KLVC merupakan projek yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) di kawasan tanah milik Felda.

Menurut kenyataan itu pasukan firma audit yang dilantik melakukan audit forensik terhadap projek berkenaan telah menyerahkan laporan akhir kepada JPM pada 2 Februari lepas.

JPM pula membentangkan laporan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku menteri bertanggungjawab ke atas Felda, pada 5 Februari.

“Perdana menteri bersetuju bahawa satu jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi mengkaji semula perjanjian antara FICSB dengan SPSB dan Synergy Promenade Kuala Lumpur Vertical City Sdn. Bhd. (SPKLVCSB),” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa perunding itu dianggotai Datuk Dr. Yusof Ismail dari Kementerian Kewangan; Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid; Pengarah Besar Felda, Datuk Ab Ghani Mohd Ali; Timbalan Ketua Setiausaha JPM, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Ahmad Husni Hussain.

JPM berkata Najib juga bersetuju supaya ditubuhkan satu jawatankuasa ‘domestic enquiry’ untuk mengambil tindakan ke atas cadangan dan syor yang dibuat dalam laporan audit itu.

Menurut kenyataan itu, kajian audit berkenaan bermula pada 4 Januari 2018 dengan merangkumi keseluruhan proses bermulanya cadangan projek pembangunan KLVC, proses pelaksanaan projek sehingga isu pindah hak milik tanah Felda.

Sebanyak 240 dokumen di pejabat Felda, FICSB, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlibat dalam kajian audit itu.

Ia turut melibatkan temu bual dengan semua pegawai terlibat di agensi berkenaan.

JPM telah meneliti laporan audit itu dan bersetuju serta menerima laporan berkenaan, kata kenyataan itu.

“Secara keseluruhannya, laporan audit itu telah memenuhi objektif pengauditan yang ditetapkan dan kerajaan berpuas hati dengan laporan pasukan audit,” kata JPM. – BERNAMA

Tags: FeldaKLVC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fasha Sorok Bahagia Dulu, Biar Rahsia Tak Mahu Kecoh

Next Post

Video: Abang ‘Superbike’ Langgar Palang, Salah Siapa?

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

Next Post

Video: Abang 'Superbike' Langgar Palang, Salah Siapa?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd