• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Forex BNM: 27 Sudah Dipanggil Polis

oleh AK-47
16/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah merakamkan kenyataan daripada 27 individu sejak tahun lepas dan lebih banyak saksi dijangka akan dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kerugian urus niaga mata wang asing berjumlah RM31.5 bilion yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) antara 1992 dan 1994.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, 19 orang daripada mereka adalah daripada BNM, lima daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan tiga lagi daripada sektor berlainan.

“Buat masa ini, mereka disiasat bagi kesalahan menipu mengikut Seksyen 417 dan 418 Kanun Keseksaan. Tumpuan utama siasatan polis adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat elemen sengaja menyembunyikan fakta untuk menutup kerugian yang dialami BNM dan sama ada terdapat kenyataan mengelirukan yang dibuat kepada Kabinet, Parlimen dan masyarakat berhubung kedudukan kewangan sebenar BNM.

“Selain itu, kami akan menyiasat sekiranya terdapat sesiapa yang dengan sengaja melakukan pengabaian untuk menyembunyikan kerugian sebenar dan sama ada pemindahan serta penjualan saham Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dimiliki MOF, untuk menyerap sebahagian daripada kerugian yang dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing untuk meningkatkan kunci kira-kira BNM,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Amar Singh berkata siasatan polis masih berjalan dan akan dipertingkatkan dengan memanggil lebih banyak saksi serta mendapatkan lebih banyak dokumen daripada lembaga atau agensi yang berkaitan untuk melengkapkan siasatan secepat mungkin.

“Sebaik sahaja siasatan ini lengkap, kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)Datuk Amar Singhrci forex
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Perempuan 46 Hari Didera Meninggal Dunia

Next Post

Bumbung Pasar Raya Diterbangkan Puting Beliung

Related Posts

Permohonan Moratorium Pinjaman Dibuka, Lulus Automatik

07/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula esok....

Rizab Rasmi Malaysia AS$102.484 Bilion Pada Akhir April

29/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna pada akhir April 2020, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$102.484 bilion....

Next Post

Bumbung Pasar Raya Diterbangkan Puting Beliung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd