• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Institusi Bawah KPM Perlu Ikut Pekeliling Cuti CNY

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta mematuhi arahan seperti dikeluarkan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mengenai peruntukan cuti Tahun Baru Cina yang telah ditetapkan bagi warga kementerian itu.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata semua institusi pendidikan mestilah mematuhi surat siaran Bilangan 10, Tahun 2017 iaitu Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2018.

“Kita (KPM) memohon tiada pelanggaran kepada arahan surat pekeliling berkenaan bagi membolehkan semua warga pendidik menikmati cuti Tahun Baharu Cina yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Veteran Angkatan Tentera Malaysia daerah Padang Terap di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini yang memohon KPM untuk campur tangan mengenai aduan diterima kesatuan itu daripada beberapa guru dan pensyarah bahawa ketua jabatan mereka telah mengeluarkan arahan bertentangan dengan surat siaran tersebut.

Surat siaran yang dikeluarkan kementerian, menetapkan 15 hingga 19 Februari (Khamis sehingga Isnin) sebagai cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

NUTP berkata perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui pada Mesyuarat Penyediaan Takwim Persekolahan kementerian. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Indonesia Berputih Mata Ke Pentas Akhir BATC

Next Post

Melaka Pertama Di Malaysia Guna Dron ‘Buru’ Nyamuk

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

Next Post

Melaka Pertama Di Malaysia Guna Dron 'Buru' Nyamuk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd