• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Dera Anak

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ibu hamil empat bulan yang didakwa mendera tiga anak kandungnya, termasuk bayi berusia 10 bulan, akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

Peguam Kelvinder Singh Sidhu memaklumkan Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini bahawa anak guamnya yang berumur 22 tahun itu mahu menukar pengakuan kepada tidak bersalah.

“Pihak kami telah menerima semua dokumen berkaitan kes, tertuduh mengaku tidak bersalah dan bercadang mengemukakan surat representasi,” kata peguam itu di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Hari ini sepatutnya mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu yang sebelum ini mengaku bersalah atas tiga pertuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya M.Arunjothy tidak mengemukakan sebarang bantahan dan mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac untuk sebutan semula kes wanita itu.

Sebelum ini wanita itu dan teman lelakinya Muhammad Zulfikar Rizal Affendy, 26, didakwa dengan niat bersama melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap dua anak perempuan wanita itu berumur lima tahun dan 10 bulan, serta seorang anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

Pada 5 Feb lalu, di mahkamah sama, Muhammad Zulfikar telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan dikenakan bon kelakuan baik selama tiga tahun serta perlu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan selepas mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu.

Mengikut fakta kes perbuatan lelaki itu telah menyebabkan mangsa mengalami lebam, luka, termasuk dicucuh rokok dan pemetik api di badan.

Pasangan itu yang tidak bekerja dan tinggal serumah dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis, di Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya di sini, antara 16 Nov dan 21 Dis 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu wanita itu yang memakai baju-T dan seluar pendek berwarna hitam ketika dibawa keluar dari lokap mahkamah ke bilik bicara berterusan menangis teresak-esak dan ibu bapanya dilihat mengesat air mata anaknya sambil membetulkan rambut serta memeluknya. – BERNAMA

Tags: Dera BayiWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Terima RM48.1 Juta Laksana 19 Projek Dari KKLW

Next Post

Kerajaan Bina 15 Klinik Baharu Di Kelantan

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Kerajaan Bina 15 Klinik Baharu Di Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd