• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Husam Sah Istana Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa mengesahkan Yang di-Pertuan Agong selaku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menarik balik darjah kebesaran beliau.

Menurut Husam, seorang lagi pemimpin PAN yang turut ditarik balik darjah kebesaran oleh Istana Kelantan ialah Pengerusi PAN Kelantan, Wan Rahim Abdullah.

Jelas beliau, Istana Kelantan memaklumkan perkara itu kepada mereka berdasarkan surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan petang semalam.

“Kami menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan petang semalam memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) yang telah dianugerahkan kepada kami sebelum ini mulai 6 Februari 2018.

“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran dan surat perlantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana D’Raja pada hari ini di Istana Balai Besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, penganalisis politik yang juga ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tiga pemimpin pembangkang ditarik balik darjah kebesaran oleh Istana Kelantan.

Mahathir bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz dan orang kanan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Pakatan Harapan selepas menubuhkan parti baharu pembangkang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sejak itu, Mahathir dan parti barunya dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk menghasut orang Melayu di kampung-kampung dan Felda supaya menyokong pembangkang termasuk DAP.

PAN pula adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan oleh ahli parti itu dalam pemilihan PAS pada Jun 2015.

Berbanding PPBM, PAN terlebih dahulu menyertai Pakatan Harapan namun parti itu diperuntukkan bilangan kerusi yang paling kecil untuk ditandingi pembangkang dalam PRU14. – MYNEWSHUB.CC

Tags: darjah kebesaranDatuk Husam MusaIstana Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak Perempuan Maut Tercampak

Tunku Mahkota Ismail Kurnia Darjah Kebesaran

23/03/2024
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena...

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

Sultan Kelantan Tarik Balik Darjah Kebesaran Mohammad Agus

18/01/2024
0

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) kepada bekas Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd