• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap FIH Percepat Sesi Pendengaran Kes Kumar

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berharap Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) tidak akan melewatkan sesi pendengaran kes doping melibatkan penjaga gol kebangsaan, S. Kumar.

Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal mahu badan induk hoki antarabangsa itu mempercepatkan segala proses kes berkenaan bagi membersihkan nama penjaga gol berusia 38 tahun itu agar dapat kembali beraksi bersama skuad negara.

“Pengarah Teknikal KHM Terry Walsh dan Brian Fernandez (pengurus pertandingan) sedang berurusan dengan FIH dan peguam kita bagi mempercepatkan sesi pendengaran itu. Kita masih menunggu daripada FIH untuk memberi tarikh sesi pendengaran. Sebaik mendapat tarikh, Kumar berpeluang membuat rayuan membuktikan dia tidak bersalah.

“Kita berharap dia diberikan peluang atau hanya dikenakan amaran keras. Di pihak KHM, kita sudah mengemukakan afidavit dan kenyataan daripada Kumar melalui peguam kita. Kita berharap tarikh tersebut diberikan dalam masa 10 hari lagi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa kerja di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.

Subahan berkata KHM dimaklumkan, sesi pendengaran itu akan diadakan pada akhir bulan ini atau Mac, sambil menegaskan kelewatan menetapkan tarikh itu bukan disebabkan KHM kerana badan induk hoki negara itu sudah menyelesaikan segala prosedur diperlukan FIH

Penjaga gol yang sudah membuat 295 penampilan bersama skuad kebangsaan itu, digantung selama dua tahun selepas didapati positif sibutramine ketika Piala Asia di Dhaka, Bangladesh pada Oktober lepas, menyaksikan pasukan negara muncul naib juara.

Dalam perkembangan lain, Subahan mengesahkan perubahan kecil pada struktur KHM, dengan skuad pembangunan lelaki dan wanita menggantikan skuad Projek 2020, selepas mendapat lampu hijau daripada MSN.

Jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini dilantik sebagai ketua jurulatih, dengan dibantu Wallace Tan dan Mohamed Mazli Ikmar dalam pasukan lelaki, manakala skuad wanita akan dibimbing Yahya Atan.

Beliau berkata skuad Projek 2020 yang beraksi pada Piala Sultan Johor 2017, akan terus diberikan pendedahan untuk beraksi pada edisi kali ini dan tahun depan.

“Ia merupakan skuad yang cukup muda, tetapi kita mahu memberikan pendedahan secukupnya kepada mereka untuk berada dalam keadaan bersiap sedia menjelang 2020,” katanya.

Sementara itu, Terry berkata skuad Projek 2020 akan beraksi pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik Belia di Buenos Aires, Argentina pada Oktober tahun ini.

“Ia kejohanan lima sebelah, hanya dua pasukan terbaik lelaki dan wanita daripada aksi kelayakan Asia yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand itu akan layak. Bagi skuad wanita, kita akan melihat dengan teliti apa boleh kita lakukan di peringkat antarabangsa.

“Untuk skuad lelaki, kita sudah ada kejohanan Piala Sultan Johor dan dijemput beraksi di kejohanan antarabangsa peringkat tertinggi di Belgium, dengan pasukan yang menyertainya terdiri dari tuan rumah Belgium, Jerman, Belanda, England dan India,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Subahan KamalKes Kumar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesakit Mental Bawa Ambulans ‘Jalan-Jalan’

Next Post

Tuah Anak Eina Dapat Hadiah Jam Tangan RM40K

Related Posts

Kemelut Kewangan Tidak Jejas Prestasi The Red Giants

26/07/2017
0

KUALA LUMPUR -  Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal positif skuad The Red Giants mampu menduduki tiga tangga...

Konfederasi Hoki Malaysia Hilang Khidmat Logan

26/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bakal hilang khidmat K.Logan Raj selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) yang tidak menyambung kontraknya yang akan tamat akhir...

Next Post

Tuah Anak Eina Dapat Hadiah Jam Tangan RM40K

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd