• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Graduan Kelas Pertama JPA Ditawar PTD

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Hanya graduan kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan peluang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam perkhidmatan awam bagi sesi pengambilan Julai dan Ogos ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Beliau berkata ia merupakan inisiatif julung kali kerajaan untuk melihat sejauh mana prestasi graduan cemerlang berbeza dengan pegawai-pegawai PTD yang lain dalam memikul tanggungjawab menjayakan agenda kerajaan.

Ali berkata pihaknya menguna pakai model dari negara jiran yang mengambil tiga pelajar cemerlang untuk diserapkan ke dalam perkhidmatan awam dan melepaskan yang lain kepada sektor swasta.

“Kita mahu menjalankan eksperimen. Sebelum ini, kita ambil semua graduan kelas pertama, kelas kedua atas dan kelas kedua bawah. Sekarang kita mahu melihat sama ada kumpulan graduan cemerlang ini boleh melaksanakan tugas dengan baik atau tidak,” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan KSN bersama graduan cemerlang tajaan JPA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Menurut Ali, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan membuat pelawaan untuk graduan-graduan tersebut memohon dan mereka perlu menghadiri peperiksaan serta temu duga sebelum menjalani latihan kursus kadet PTD di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebelum disahkan ke jawatan itu.

Sehingga hari ini, terdapat 10,000 pegawai PTD di seluruh negara.

“Tahun ini, kita juga telah membuka peluang kepada bidang-bidang lain seperti perguruan, kejuruteraan serta perkhidmatan awam untuk menyertai pasukan PTD di bawah tiga kemasukan yang melibat 630 orang,” katanya.

Terdahulu, Ali mengadakan sesi perkongsian secara dua hala dengan 1,200 graduan cemerlang tajaan JPA dari dalam dan luar negara bagi tahun lepas untuk memberi ruang kepada mereka mengutarakan pandangan dan cadangan serta aspirasi anak muda dalam mencorak hala tuju masa hadapan negara khususnya dalam perkhidmatan awam.

Pada majlis itu, beliau juga berkongsi maklumat dan pengalaman sebagai peneraju perkhidmatan awam dan panduan berhubung laluan dan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam.

Mengulas mengenai medium interaksi itu, Ali berkata kebanyakan graduan menyuarakan pendapat dan berkongsi mengenai kesukaran mencari kerja yang sesuai, masalah kos sara hidup meningkat, inflasi serta revolusi industri 4.0.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Zainal Rahim Seman dalam satu kenyataan berkata majlis platform itu bertujuan memaklumkan mengenai pencapaian kerajaan dalam menguruskan sumber negara dan perancangan masa hadapan dalam menempatkan negara di kedudukan ke-20 terbaik di dunia menjelang 2050.

Katanya sebanyak 65 agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpilih turut menyertai sebagai pempamer bagi memperkenalkan peluang-peluang pekerjaan secara terperinci kepada pelajar tajaan selain memberi peluang kepada graduan cemerlang untuk melihat prospek kerjaya dengan kementerian dan agensi kerajaan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: PTDTan Sri Dr Ali Hamsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiong Lai Nafi Mahu Bertanding DUN Sekinchan

Next Post

Shahida Dah Penat Jawab Tak Bawa Anak Angkat Bercuti!

Related Posts

Persoalan Di Sebalik Surat ‘Dari Meja PTD’

05/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Nukilan berbentuk nasihat dan puisi dipercayai hasil tulisan pemerintahan tertinggi Tentera Darat kini tular selepas dikatakan menyentuh...

Kecoh 52 Peserta Digugur Daripada Kursus PTD

02/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) digugurkan daripada program terbabit....

Next Post

Shahida Dah Penat Jawab Tak Bawa Anak Angkat Bercuti!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd