• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ghapur Cadang KPDNKK Laksana KJSR Setahun

oleh AK-47
21/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mencadangkan agar Karnival Jualan Sentuhan Rakyat (KJSR) dapat diadakan selama setahun berbanding tempoh enam bulan tahun ini oleh agensi pelaksana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ghapur yang juga Ketua Bahagian UMNO Kalabakan berkata cadangan itu susulan beliau melihat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat terhadap karnival yang menawarkan lebih 50 jenis barangan keperluan dengan harga runtuh.

“Karnival ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian penduduk dan mendorong peniaga berniaga secara berhemah dan tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan meletakkan harga tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian program KJSR anjuran Parlimen Kalabakan dekat Merotai di sini, hari ini.

Karnival sehari itu turut melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), peniaga pasar raya serta peniaga kecil-kecilan dengan barangan yang dijual termasuk beras, tepung, gula, makanan dalam tin, sabun, minyak masak, susu krimer, telur dan pelbagai jenis sayuran, ikan dan buah-buahan.

Ghapur dalam pada itu, turut mengesyorkan agar karnival itu dapat diperluaskan termasuk ke kawasan Felda Umas, Bombalai dan Kalabakan supaya semua penduduk di kawasan Parlimen Kalabakan dapat menikmati barangan jualan runtuh berkenaan.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan rakyat menjadi pengguna bijak dengan melaporkan kepada KPNDKK jika mengetahui maklumat mengenai peniaga yang menipu dan menaikan harga barang secara keterlaluan.

“Rakyat kena tahu harga barang, kalau harga tinggi lapor, jangan takut, kita kena jadi mata dan telinga untuk kerajaan dan kita jangan tertipu oleh peniaga tamak,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang penduduk Merotai, Ramlah Oleng, 45, berharap karnival itu dapat diadakan setiap bulan supaya penduduk kampung dapat membeli barangan keperluan dengan harga berpatutan.

“Saya datang ke sini, seawal jam 8 pagi sebab difahamkan harga barangan dijual murah dan ternyata memang harga ditawarkan murah, rugi tidak datang ke sini membeli sebab berbaloi,” katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Ghapur SallehKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd